Langgan newsletter kami!
Wan Sharmila Header

Biodata Wan Sharmila, Aktres Serba Boleh

Siapa yang menonton drama berantai 7 Hari Mencintaiku, pastinya mengenali wanita bertubuh genit ini. Menerusi drama berkenaan, Wan Sharmila memegang watak sebagai Sofi yang merupakan sepupu dan kawan sejati kepada Mia (lakonan Siti Saleha).

Memilih jalan seni sebagai ‘periuk nasi’, wanita berusia 35 tahun ini sudah sembilan tahun berkelana dalam industri hiburan tanah air. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan wanita kelahiran Johor Bahru ini seorang pelakon yang serba boleh, mampu membawa watak baik ataupun jahat dengan cemerlang.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan pelakon cantik ini.

Biodata Wan Sharmila

  • Nama Sebenar: Wan Sharmila Wan Mohamed
  • Nama Pentas: Wan Sharmila
  • Tarikh Lahir: 12 Oktober 1981
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik beradik
  • Kerjaya: Pelakon dan Pengacara
  • Drama: Sayang Papa Saya Tak? (2017), 7 Hari Mencintaiku, Suami Tanpa Sengaja, Cinta Si Wedding Planner, Tuan Anas Mikael, Nora Elena, Tipah Vavavoom, Sutun, Sindarela, Emil Emilda dan banyak lagi.
  • Filem: Mat Motor Otai, Bisikan Syaitan, Aku, Kau & Dia, Raya Tak Jadi dan Santau Keramat.
  • Host: Dokumentasi Klik Klik ASEAN (RTM)
  • Twitter: @Wansharmilalala
  • Instagram: https://www.instagram.com/lala.wansharmila

Fakta Menarik Wan Sharmila

  1. Nama manjanya adalah Lala.
  2. Pernah bekerja sebagai model majalah serta kerani akaun di syarikat guaman di Johor Bahru.
  3. Merupakan BFF kepada pelakon cantik, Sari Yanti.
  4. Drama pertama adalah Emil Emilda (TV3) yang diterbitkan pada tahun 2007.
  5. Pernah berkahwin dengan penerbit dan pemilik Radius One, Fazli Baharom dan bercerai pada 23 Oktober 2009 setelah tiga tahun berkahwin.
  6. Jika ada masa lapang, suka ke spa untuk membuat urutan, hias kuku dan manjakan diri.
  7. Tidak suka aktiviti bersukan atau lasak.
  8. Suka bercuti di luar negara jika ada cuti panjang.
  9. Fobia dengan haiwan seperti kucing dan menunggang motor.
  10. Rimas memakai gincu.
  11. Obses dengan minyak wangi dan lilin.
  12. Makanan kegemarannya adalah udang masak lemak cili padi.
  13. Pelakon idolanya merupakan Allahyarhamah Azean Irdawaty.

Sumber: Kosmo/Utusan Online/Sinar Harian

Gambar Wan Sharmila Bertudung Pose Cantik Wan Sharmila Wajah Cantik Wan Sharmila Wan Sharmila Bersama Gadis Cilik Dari Turki Wan Sharmila Memakai Telekung Solat Aktres Manis Wan Sharmila Berhijab Foto Fathia Dan Wan Sharmila Bertudung Foto Wan Sharmila Bertudung Comel

 

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: