Biodata Shera Aiyob | Tampil dengan imej bertudung sejak 3 tahun lepas, isteri kepada Zahiril Adzim ini semakin rancak memeriahkan industri lakonan tanahanir. Selain berlakon, Shera Aiyob juga aktif dalam pengacaraan dan kerja-kerja di belakang tabir sebagai pembantu penerbit. Beliau yang mula aktif berlakon pada tahun 2007 dan kini telah membintangi beberapa buah drama, telemovie dan filem.
Mari kita tinjau biodata peribadi gadis cantik molek ini.
Biodata Shera Aiyob
- Nama Penuh: Nur Syahirah binti Ayob (سهير اييوب)
- Nama Komersial: Shera Aiyob
- Tarikh Lahir: 21 Disember 1986
- Umur: 31 tahun (2017)
- Asal: Ipoh, Perak
- Agama: Islam
- Pendidikan: Diploma Pengajian Media, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur
- Kerjaya: Pelakon, Pengacara TV, Pembantu Penerbit
- Warganegara: Malaysia
- Bangsa: Melayu
- Status: Berkahwin
- Nama Suami: Zahiril Adzim
- Nama Anak: Nadi Anaqi
- Drama: Duri, Dalam IradatMu, Masihkah Ada Kasih, Perempuan Paling Bahagia (2017)
- Filem: Karak, Sesuatu Yang Tertinggal, Juvana
- Telemovie: Haruskah Ada Rindu, Qadr, Sakit
- Program TV: Masam – Masam Manis, Darlie: Mamaku Terer, Mahligai Cinta, Jom Berbuka
- Instagram: @sheraaiyob
- Twitter: @sheraaiyob
Fakta Menarik Tentang Shera Aiyob
- Berkahwin dengan pelakon Zahiril Adzim pada 20 Disember 2011 dan akad nikah dijalankan oleh bapanya sendiri iaitu Aiyob Shaharuddin.
- Melahirkan anak lelaki pertama pada 19 Jun 2013 yang diberi nama Nadi Anaqi.
- Mula berhijab sepenuhnya pada tahun 2014 dan seterusnya memadamkan kesemua gambar beliau yang tidak bertudung di laman sosial.
“Perasaan ingin bertudung itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” – Shera Aiyob