Biodata Rykarl Iskandar. Rykarl Iskandar adalah pelakon kanak-kanak lelaki berbakat besar dan paling banyak menghiasi filem dan drama tempatan. Jika sebelum ini kami mengetengahkan tentang Biodata Mia Sara iaitu pelakon kanak-kanak perempuan yang popular, tidak kurang juga dengan Rykarl Iskandar yang bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Paranormal Talent. Boleh dikatakan setiap tahun, ada saja drama dan filem baru yang dilakonkan Rykarl.
Baru-baru ini terdapat berita yang telah disahkan oleh Rykarl Iskandar sendiri bahawa aktor cilik ini sudah berhenti belajar di sekolah dan hanya meneruskan pembelajaran dari rumah (home schooling) sahaja. Dek kesibukan untuk membahagikan masa terhadap kerjaya sebagai pelakon, membuatkan beliau mengambil keputusan yang sukar itu.
“Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok. Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksible bersesuaian dengan jadual penggambaran,” katanya.
Apapun kami berharap adik Rykarl Iskandar akan terus berjaya dalam bidang seni dan dalam masa yang sama juga berjaya dalam pelajaran walaupun hanya belajar di rumah.
BERITA TERBARU: Ryqal Iskandar akan kembali bersekolah pada tahun hadapan di Sekolah Rendah Sri Pintar Al-Amin selepas 2 tahun belajar di rumah bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Biodata Penuh Rykarl Iskandar
- Nama Penuh: Nor Heidzriq Haikal bin Norhamizan
- Nama Popular: Raykarl Iskandar
- Tarikh Lahir: 2005
- Asal: Kuala Lumpur
- IbuBapa: Norhamizan (Bapa), Norhayatti Abdul Ghafar (Ibu)
- Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Penyanyi
- Mula Aktif: 2010
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Pendidikan:
Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway
Sekarang belajar di rumah (home schooling) - Perniagaan: Baru sahaja menceburi dunia perniagaan dengan mengeluarkan koleksi pakaian kanak-kanak dengan jenama Rykarls Limited
- Pelakon Kegemaran: Fezrul Khan dan Lisa Surihani
- Cita-cita: Pengarah dan Penerbit Drama dan Filem
- Wikipedia Rykarl Iskandar: https://ms.wikipedia.org/wiki/Raykarl_Iskandar
Profil Seni Rykarl Iskandar
Drama
- 2010
Lembing dan Layang - 2011
Alauddin
Begitukah Cinta
Dahlan Steady
Keluarga Adab
Pesona Kasih
Geng Mengaji
Peah Gosip
Geng Mengaji Kembali
Elly & Epit - 2012
Kasih Emelda
Jangan Ambil Padang Kami
Super Smash
SaifulNita - 2013
Geng Bas Sekolah (musim 5)
Surat Dari Langit Biru
Strawberi & Karipap Series
Tok Abah
Puasa Datang Lagi
Elly & Epit (siri 2)
Strawberi & Karipap Series (musim 2) - 2015
Karipap Cinta
Telefilem
- 2010
Taubat Nasuha
Tunjang Saadah - 2011
Kerana Lidahnya
Lepaskan Aku Pergi
Lara Hati Ibu
Setengah Dozen
Sirosa
Hijab Kekasih - 2012
Bertaut Kasih
Cikgu Timah Tukar Sekolah
Mama Bukan Papa
Fajar Syawal
Bila Rumah Jadi Mahkamah
Antara Dua Deru
Neraka Abah
Jubah Putih Kain Kapan
Strawberi & Karipap - 2013
Saya Sabar
Tanah Kubur: Sisih Anak
Elly & Epit: Saya Nabilo
Miss Aliyah
Mama I Love You
Abah Tak Balik Malam Raya
Cendawan Raya
Atuk Merdeka
Filem: Ajiboy (2012), Kisah Paling Gangster (2012), Manisnya Cinta (2013), Balistik (2014), Strawberi & Karipap (2014), Strawberi & Karipap: Sesat Kat Paris (2014), Lelaki Harapan Dunia (2014), Cicakman 3 (2015), Jelmaan (2015), Strawberi & Karipap: Hello Gold Coast (2015)
Penampilan TV: Menjadi juri cilik bagi program Ceria Popstar musim ketiga bersama Mia Sara