Biodata Ramona Zamzam
- Nama Penuh: Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam
- Nama Popular: Ramona Zamzam
- Tarikh Lahir: 25 Jun 1990
- Umur: 28 tahun (2018)
- Asal: Bukit Mertajam, Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Ipoh, Perak
- Tempat Tinggal: Damansara, KL
- Keluarga: Anak sulung daripada dua adik-beradik
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu (Kacukan)
- Warganegara: Malaysia
- Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan dari Segi College
- Pekerjaan: Pelakon dan model
- Status: Berkahwin
- Nama Suami: Rami Alashkar
- Drama, Telefilem dan Filem: Plan Cinta Tak Jadi, Cinta Jannah, Embok Belum Terbakar, Cinta Ilahi, Cinta Jangan Pergi, Begitukah Cinta, Nora Elena, Kali Kedua, Nilapura, Sitcom Nana Tanjung, Otai, Castello, 2 Hati 1 Jiwa, Sepah The Movie, Penunggu, Jengka, Anakku Diva
- Instagram: @ramona_zamzam
- Twitter: @Ramona_Zamzam
Fakta Menarik Tentang Ramona Zamzam
- Mula menceburi bidang peragaan pada usia 12 tahun dengan menjadi cover untuk majalah Bintang Kecil.
- Mula berlakon pada usia 14 tahun dengan kemunculan pertama dalam filem Castello dan disusuli dengan filem 2 Hati 1 Jiwa dan Sepah The Movie.
- Mula dikenali peminat sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 (mendapat tempat ke-5) yang mana seangkatan dengan nama-nama besar dunia hiburan seperti Anzalna, Neelofa dan Izara Aishah.
- Mempunyai darah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand.
- Fasih bertutur dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.
- Pernah bersekolah di sekolah Cina semenjak umur empat tahun lagi.
- Sangat meminati sukan renang dan badminton.
- Berkahwin dengan jejaka Palestin yang dikenali semasa menuntut di Segi College bernama Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 selepas menjalin hubungan cinta selama dua tahun.