Langgan newsletter kami!

Biodata Qistina Rania, Pelakon Cantik Dari Kelantan

Nama Qistina Rania semakin mendapat perhatian dalam industri hiburan tanah air selepas kemunculannya dalam beberapa drama popular. Wajahnya yang manis serta bakat lakonan yang semakin menyerlah menjadikan beliau antara pelakon baru yang wajar diberi tumpuan.

Pada tahun 2025, Qistina tampil dalam drama Hilang Dalam Rindu serta drama adaptasi novel popular karya Hasrul Rizwan berjudul Bercakap Dengan Jun yang disiarkan di saluran Astro Ria, Astro Go dan Sooka pada 1 Mei 2024. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Fikry Ibrahim, Nadiya Nisaa, Sairish Elaria, June Lojong, Musyi Mohtar dan ramai lagi.

Biodata Ringkas Qistina Rania

  • Nama penuh: Qistina Rania binti Fakhrul Azzam
  • Nama komersial: Qistina Rania / Qist Rania
  • Tarikh lahir: 26 Mac 2001
  • Umur: 24 tahun (2025)
  • Asal: Kota Bharu, Kelantan
  • Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pekerjaan: Pelakon, model
  • Instagram: @_qistinarania
  • TikTok: @_qisrania
  • Adik-beradik: 4 orang
  • Hobi: Membuat konten di media sosial

Latar Belakang dan Kerjaya

Bakat Qistina mula dikenali apabila beliau menyertai pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dan berjaya menempatkan diri dalam Top 16 peserta terbaik. Walaupun tidak dinobatkan sebagai juara, peluang itu menjadi titik tolak buatnya untuk menceburi dunia lakonan.

Artikel berkaitan:  Biodata Siti Khadijah Halim, Pelakon Drama Dia Yang Ku Cinta

Musim tersebut turut menampilkan nama-nama besar seperti Nurel (juara Dewi Remaja), Arabella Ellen (naib juara), Adrina Kamaruddin, Myra Afrina, Amira Rafik, Azqa Aziz dan Cora Waybin. Manakala dalam kategori Hero Remaja pula menyaksikan Aiman Ameer (juara), Fitri Farok (naib juara), Razin Qidran, Evertts Gomes, Jay Iskandar, Hakim Khan, Jaysong dan Azri Safix.

Selepas pertandingan tersebut, Qistina mula melibatkan diri secara aktif dalam dunia seni dengan membintangi beberapa drama antaranya:

  • Crush Pilihan Mama
  • Hilang Dalam Rindu
  • Bercakap Dengan Jun

Selain itu, pada tahun 2020 beliau pernah muncul sebagai model dalam muzik video lagu “Cerita Kita” nyanyian Nazim Othman.


Fakta Menarik Tentang Qistina Rania

  1. Qistina lebih mesra disapa dengan panggilan Qist.
  2. Sebelum bergelar pelakon sepenuh masa, beliau pernah bekerja sebagai pramugari, namun memilih untuk meninggalkan kerjaya itu demi mengejar cita-cita dalam bidang seni.
  3. Seorang yang gemar mencabar diri dan mahu menjadi inspirasi kepada remaja supaya percaya pada potensi diri.
  4. Mempunyai impian untuk berkembang bukan sahaja sebagai pelakon, tetapi juga dalam bidang nyanyian dan tarian.
  5. Pernah menyatakan bahawa idola beliau dalam industri hiburan ialah Alicia Amin.
Artikel berkaitan:  Nasi Kerabu Untuk Che Abe (TV3)

Personaliti & Prinsip Hidup

  • Tiga perkataan menggambarkan diri: Berdikari, berpendirian tegas, inovatif
  • Prinsip hidup: Sentiasa berfikiran positif
  • Lelaki pilihan: Seorang yang matang, berdikari dan bertanggungjawab

Walaupun masih baru dalam dunia hiburan, Qistina Rania sudah membuktikan bahawa beliau mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pelakon dan personaliti media sosial. Dengan bakat, keyakinan dan semangat yang dimilikinya, Qistina berpotensi untuk menjadi antara wajah baharu paling menyerlah dalam industri seni Malaysia.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *