Biodata Lengkap Natasha Hudson
- Nama Penuh: Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan
 - Nama Popular: Natasha Hudson
 - Gelaran: Datin
 - Tarikh Lahir: 9 September 1982
 - Umur: 34 tahun (2016)
 - Asal: Ipoh, Perak
 - Keturunan: Berdarah kacukan Melayu-Australia
 - Keluarga: Mempunya seorang adik bernama Tania Nadira Hudson (juga seorang pelakon dan model)
 - Tinggi: 172 cm (5 ft 8 in)
 - Agama: Islam
 - Warganegara: Malaysia
 - Status: Berkahwin
 - Nama Suami: Carleed Khaza (Nama sebenar, Khalid Kamal), 37 tahun
 - Anak: 3 Orang (Nessa Helena, 8 tahun, Naeema Khaleela, 3 tahun dan Faatimah, 1 tahun)
 - Kerjaya: Model, Pelakon, Penulis, Pengacara TV
 - Buku: “Puisi Indah Si Pari-Pari dan My Heart My Soul My Passion
 - Anugerah: Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-20 (melalui filem Chermin, 2007)
 - Filem:
2007 – Chermin
2008 – Sumolah
2008 – Tipu Kanan Tipu Kiri
2011 – Halilinta
2013 – Langgar
2013 – Lemak Kampung Santan
2014 – Mamak Cupcakes - Drama TV:
2011 – Antara Keju dan Belacan
2011 – Bait Cinta
2011 – Deru Ombak
2012 – Andai Ku Tahu
2012 – Cinta Luar Biasa
2012 – Tudung
2012 – Pulau - Teater:
– Ibu zain
– Gamat - Instagram Natasha Hudson: https://www.instagram.com/natashahudsonofficial
 - Wikipedia Natasha Hudson: https://en.wikipedia.org/wiki/Natasha_Hudson
 
Fakta Menarik Tentang Natasha Hudson
- Natasha Hudson kini kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah. Beliau juga berkata bahawa penghijrahan kepada imej berhijab ini bukanlah kerana mahu berkahwin.
 - Beliau telah berkahwin dengan komposer muzik dan artis hip-hop, Carleed Khaza, 37 tahun pada 15 April 2012 setelah lebih dua tahun hidup menjanda.
 - Sebenarnya perkahwinan dengan Carleed Khaza adalah perkahwinan kali ke-3 sepanjang hidup Natasha Hudson. Beliau pernah berkahwin kali pertama yang hanya bertahan selama 4 bulan. Kemudian beliau berkahwin kali ke-2 namun juga berakhir dengan perceraian. Walaubagaimanapun, perkahwinan itu bertahan selama 2 tahun dan dianugerahkan dengan seorang cahaya mata perempuan.
 
Azhan.co Info Semasa, Tepat & Boleh Dipercayai
				
		







						
					
						
					
						
					