Langgan newsletter kami!

Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Berketurunan Baba Nyonya

Kimberly Chuah Ching Li atau lebih dikenali dengan nama komersial Kimberly Chuah, merupakan salah seorang bakat muda dalam industri hiburan tanah air. Namanya semakin menyerlah selepas menyertai pertandingan Pencarian Dewi Remaja 2022 dan kini aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan serta permodelan.

Biodata Ringkas Kimberly Chuah

  • Nama penuh: Kimberly Chuah Ching Li
  • Nama komersial: Kimberly Chuah
  • Umur: 25 tahun (2025)
  • Tarikh lahir: 12 Jun 2000
  • Bangsa: Cina
  • Warganegara: Malaysia
  • Jantina: Perempuan
  • Agama / Religion:
  • Tempat lahir / Asal: Setapak, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak tunggal (tiada adik-beradik)
  • Pendidikan: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model
  • Instagram (IG): @kimberly.chuah

Latar Belakang Kimberly Chuah

Kimberly Chuah merupakan antara pelakon berbangsa Cina tempatan yang berjaya menembusi industri hiburan berbahasa Melayu, sebaris dengan nama-nama seperti Sean Lee, Alvin Chong dan Daniel Fong.

Bakatnya mula disedari selepas tular di aplikasi TikTok pada tahun 2021 apabila videonya bercakap dalam bahasa Melayu dengan fasih meraih lebih 1.5 juta tontonan. Penguasaan bahasanya yang mengagumkan mencuri perhatian warganet, apatah lagi apabila dia berkongsi minatnya terhadap makanan tempatan seperti sambal belacan.

Artikel berkaitan:  Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra)

Sejak kecil, Kimberly dibesarkan dalam suasana yang mengutamakan bahasa Melayu. Dia bersekolah di sekolah kebangsaan, bergaul dengan pelbagai kaum, dan sering menggunakan bahasa Melayu bersama ibu bapanya yang berketurunan Baba Nyonya. Menariknya, walaupun bertemu dengan individu berbangsa Cina, Kimberly lebih selesa bertutur dalam bahasa kebangsaan kerana penguasaan bahasa Melayu dan Inggerisnya lebih baik berbanding Mandarin atau Hokkien.

Namanya semakin melonjak apabila berjaya mara ke peringkat akhir Dewi Remaja 2022, dan menamatkan saingan di tempat ketiga. Juara pertandingan ketika itu ialah Tracie Sinidol, manakala tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, dan tempat keempat dimiliki oleh Noor Alyssa Ahmad Azim.


Perjalanan Kerjaya Kimberly Chuah

Kimberly mula berkecimpung dalam dunia lakonan pada penghujung tahun 2020. Sejak itu, dia menerima pelbagai tawaran berlakon dalam drama dan telefilem popular seperti:

  • Chinta Wrong Direction
  • Akim & Mira – Kisah Cinta 1999
  • Kelmarin Cinta
  • Journal Sarahaeyo
  • She Was Pretty
  • Seribu Nina
  • Pengantin Tangkap Muat
  • Lupakan Cinta
  • Nyawa Berganti Cinta
  • Bakal Menantu

Selain itu, Kimberly juga pernah terlibat dalam pementasan teater, membuktikan bakatnya tidak hanya terhad di hadapan kamera.

Artikel berkaitan:  Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Cilik Berbakat Besar

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, Kimberly turut memiliki minat dan kemampuan dalam bidang muzik, khususnya rap dalam bahasa Melayu. Minat ini mula berkembang sejak zaman sekolah apabila beliau aktif menyertai pertandingan debat dan aktiviti luar bilik darjah.


Fakta Menarik Tentang Kimberly Chuah

  1. Mempunyai ketinggian sekitar 160 cm.
  2. Berdarah campuran Baba Nyonya.
  3. Mendapat pendidikan awal di SK Marian Convent sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Zon R1 Wangsa Maju.
  4. Aktif dalam pertandingan perbahasan semasa zaman persekolahan.
  5. Sudah bercita-cita menjadi pelakon sejak kecil.
  6. Sebelum dikenali melalui Dewi Remaja, dia sudah terlebih dahulu melibatkan diri dalam dunia lakonan.
  7. Sejak di Tingkatan Enam, pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk pekerja promosi, acara dan pelakon tambahan.
  8. Tanggungjawabnya besar kerana sebagai anak tunggal, dia perlu membantu ibunya selepas kehilangan ayah.
  9. Pernah menangguhkan hasrat untuk menyambung pengajian demi menampung keperluan kewangan keluarga.
  10. Mempunyai bakat dalam bidang tarian.
  11. Terkini, Kimberly tampil dalam drama terbaru Dr. Pontianak 2 yang bersiaran di Astro Ria.

Kimberly Chuah kini dilihat sebagai antara wajah baharu yang semakin menyerlah dalam industri hiburan Malaysia. Dengan bakat, personaliti, dan dedikasinya, tidak mustahil beliau bakal menjadi salah seorang pelakon pelapis yang terus mencuri perhatian penonton di masa akan datang.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *