Tanggal 13 Januari 2017 mencipta kenangan terindah buat pelakon cantik, Mia Ahmad kerana selamat diijalkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Izham Tarmizi. Dengan sekali lafaz, pasangan dua sejoli itu dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Ustaz Abdul Rashid Azidin di Villa Sentosa, Taiping, Perak.
Menerima mas kahwin bernilai RM2,000, Mia menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki.
Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan cinta hati Mia Ahmad yang merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.
Biodata Izham Tarmizi
- Nama Penuh: Mohamad Izham Tarmizi Roslan
- Nama Panggilan: Izham Tarmizi/ Mizi
- Tarikh Lahir: 23 April 1991
- Umur: 26 tahun (2017)
- Asal: Marang, Terengganu
- Keluarga: Anak keenam daripada tujuh adik-beradik
- Bangsa: Melayu
- Agama: Islam
- Warganegara: Malaysia
- Tinggi: 178 cm
- Kerjaya: Penjaga Gol Pasukan JDT FC
- No Jersi: 24
- Nama Isteri: Shamiha Ahmad Baderi (Mia Ahmad)
- Facebook: https://www.facebook.com/IzhamTarmizi
- Twitter: @IzhamTarmizi
- Instagram: https://www.instagram.com/izhamtarmizi
Trivia Menarik Izham Tarmizi
- Penglibatan awal Izham dalam arena bola sepak menerusi Persatuan Bola Sepak Kuala Terengganu (PBDKT) T-Team pada tahun 2009-2010.
- Selain JDT, Izham pernah bermain untuk Harimau Muda B dan Harimau Muda A
- Selain bergelar jaguh bola sepak, Izham juga bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan.
- Jika terdapat masa lapang, Izham suka bermain futsal, golf dan memancing.
- Sukakan lakonan Aaron Aziz dan Shaheizy Sam.
- Mula terpikat dengan Mia Ahmad sewaktu menonton drama bersiri Hati Perempuan yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia.
- Sikap suka mengambil berat dan tidak terlampau mendesak dalam segenap aspek membuatkan Izham jatuh cinta dengan Mia.
Kredit Foto: Project Two-Pi (@project2pi)
hoo dah kawin eh ingatkan penjaga gol jdt tade awek upanya ada yang nak kat izam