Langgan newsletter kami!
Biodata Fieya Julia

Biodata Fieya Julia, Penyanyi Lagu Perasaanku

“Sebelum ini saya hanya tahu menyanyi saja apabila banyak buat cover version di YouTube dan Instagram. Saya memang tak pernah belajar vokal dan masuk industri tanpa apa-apa ilmu. Apabila menyertai Big Stage, banyak benda baharu saya belajar antaranya lontaran vokal yang betul, cara nak bermain dengan pentas, berkomunikasi dengan peminat dan media” – Fieya Julia

Fieya Julia, nama yang kini tidak lagi asing dalam bidang seni suara di Malaysia. Beliau menjadi terkenal kerana lagunya berjudul ‘Perasaanku’ menjadi hits dan pernah menduduki tangga pertama lagu popular di Malaysia. Selain itu, lagu ini juga menjadi OST Drama Semua Salahku di TV3.

Kini, Fieya muncul lagi dengan mempertaruhkan single seterusnya berjudul ‘Seperti Ini’. Lagu itu kini semakin mendaki naik di dalam carta-carta muzik radio utama seluruh negara. Jom kita lihat profile dan biodata Fieya Julia

Biodata Fieya Julia

  • Nama Penuh: Nur Syafiyah Binti Sejali
  • Tarikh Lahir: 11 Oktober 1999
  • Umur: 21 tahun (2020)
  • Asal: Kuching, Sarawak
  • Tinggi: 160 cm
  • Berat: 50 kg
  • Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Adik-beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Lagu / Single: Perasaanku, Seperti Ini, Jangan Gila, Assalamualaika Ya Rasulullah 2019 (Duet bersama Luqman Faiz)
  • Instagram (IG): @fieyajulia

Fakta Menarik

  • Bermula dalam dunia seni apabila selalu berkongsi video lagu cover di Youtube sejak 2012.
  • Menanam cita-cita untuk menjadi penyanyi sejak di bangku sekolah rendah lagi yang mana beliau pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM peringkat negeri Sarawak.
  • Bakat nyanyiannya mula mendapat perhatian ramai apabila dia mula menyanyikan semula lagu artis popular tanah air seperti Projector Band, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Aries Music Sdn Bhd seterusnya menawarkan kontrak sebagai artis rakaman pada pertengahan Mei 2018. Aries Music adalah sebuah syarikat yang banyak menaikkan nama penyanyi muda berbakat dan popular pada masa kini antaranya Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Fara Hezel.
  • Pada tahun 2019, beliau terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara seperti Irfan Haris, Syada Amzah, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul dan Chaleeda.
  • Mempunyai hobi suka mendengar muzik di waktu lapang.
  • Sangat menggemari warna hitam.
  • Makanan dan minuman kegemaran ialah cheese cake dan iced milk green tea.
  • Datang dari latar belakang keluarga yang agak susah. Bapanya merupakan pesara tentera laut manakala ibunya sudah meninggal dunia akibat penyakit barah pada 2004. Sementara kakak sulungnya merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang kini dijaga oleh bapanya.
  • Menceburi bidang muzik dengan niat untuk membantu meringankan beban ekonomi keluarga.
  • Mengalami dugaan getir apabila rumahnya di Taman Maluri, Cheras terbakar pada pagi Hari Raya Aidilfitri 2018.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: