Siapakah pelakon muda bernama Farhan Asri yang kini muncul dalam drama popular Cik Reen Encik Ngok Ngek? Beliau adalah bekas naib juara pertandingan Hero Remaja 2017 yang ketika itu dimenangi oleh Alif Muhaimin Bin Abdul Rahman (Alif Muhaimin), manakala Mohammad Harris Bin Shahrul Annuar (Harris Annuar) pula menduduki tangga ketiga.
Kini bintang Farhan Asri semakin bersinar dalam bidang lakonan dan bakal membintangi beberapa lagi siri drama TV selepas ini. Tahniah kami ucapkan.
Biodata Farhan Asri
- Nama Penuh: Muhamad Farhan Bin Mohd Asri
- Nama Popular: Farhan Asri
- Tarikh Lahir: 10 Julai 1997
- Umur: 21 tahun (2018)
- Asal: Seremban, Negeri Sembilan
- Keluarga: Mempunyai tiga adik-beradik (Farra, Farhan dan Farees)
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Tinggi: 1.85 m
- Berat Badan: 70 kg
- Pekerjaan: Pelakon & Pelajar
- Instagram: @farhanleboo
Perkara Menarik Tentang Farhan Asri
- Mempunyai susuk badan yang kurus semenjak kecil. Namun beliau mula menanam hasrat untuk menambah berat badan sejak Tingkatan Dua dengan menjadikan aktor Hollywood, Taylor Lautner dari movie Twilight sebagai sumber inspirasi.
- Pernah menyertai pertandingan Open Asia sebelum ini dan mendapat tempat ke-20 daripada 460 orang peserta.
- Pernah menyertai training di Terengganu anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Strongman Malaysia untuk mendapatkan lesen sebagai gym trainer.
- Mengakui sejarah keluarga mempunyai genetik kanser dan telah kehilangan ibu saudara yang dipanggil Mak Lang akibat kanser payudara ketika berumur 15 tahun.
- Meminati bidang nyanyian sejak darjah empat sewaktu beliau membeli gitar pertamanya.
- Mula mahir bermain gitar sejak tingkatan tiga ketika zawan lagu-lagu berentak jiwang seperti Tercipta Untukku nyanyian kumpulan Ungu serta Menatap Matamu oleh Aril AF.