Dini Schatzmann adalah seorang pelakon baru yang menpunyai darah campuran Melayu dan Switzerland. Ibunya berasal dari Pulau Pinang sementara bapanya pula dari Switzerland. Jejaka bertubuh sasa ini mula mencuri perhatian peminat sejak membuat kemunculan pertama dalam drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang dibintangi oleh Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim.
Perjalanan seni anak muda ini bermula selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa orang pengarah dan penerbit sehingga ditawarkan kerja sebagai pelakon. Namun begitu, beliau yang menuntut dalam bidang kejuruteraan merasakan yang jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni.
Atas azam untuk mencipta nama dalam bidang lakonan, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 dan seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar. Di samping mengikuti kelas lakonan, beliau juga memasuki kelas Bahasa Melayu.
Dini mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau merasakan kemahiran Bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini. Malahan beliau juga tidak pernah membaca buku dalam bahasa itu.
Biodata Dini Schatzmann
- Nama Penuh: Dini Azan Schatzmann
- Nama Komersial: Dini Schatzmann
- Panggilan: Dini
- Umur: 25 tahun (2019)
- Asal: Pulau Pinang, Malaysia
- Pendidikan: Bachelor of Materials Engineering, Universiti of British Columbia, Kanada
- Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
- Agama: Islam
- Pekerjaan: Pelakon
- Drama: Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Bukan Cinta Aku, Cemburu Seorang Perempuan
- Instagram: @dinischatzmann
- Twitter: @dinischatzmann
- Email: [ klik sini ]