Langgan newsletter kami!
Gambar Pengasas Nuriz Kosmetik

Biodata Datuk Zainuri Mohd Zain, Pengasas Nuriz Kosmetik

Biodata Pengasas Nuriz Kosmetik

  • Nama penuh: Datuk Zainuri Mohd Zain
  • Nama gelaran: Datuk Nuriz atau Datuk Nurie
  • Negeri kelahiran: Kelantan
  • Pekerjaan: Pengarah Urusan Progressive Mix Industries (M) Sdn. Bhd
  • Mula menjalankan bisnes: 1997
  • Latar belakang keluarga: Lahir dalam keluarga yang meniaga, tidak hairanlah beliau memiliki minat dan kemahiran yang sama sehingga berjaya. Bapanya merupakan seorang bekas samseng terkenal di rantau Asia pada 1960-an sebelum menjadi pendakwah dan mempunyai madrasah serta pusat tahfiz sendiri.
  • Perkahwinan: Beliau pernah menikahi seorang ahli perniagaan dan pengalaman itu turut digunakan sebagai panduan dalam berbisnes. Seterusnya, beliau berkahwin lagi dengan suami baru bernama Mohd Nizam.
  • Pencapaian: Beliau merupakan bekas atlet bola jaring Kelantan peringkat kebangsaan dan pernah menjadi pelajar terbaik di sekolah.

Latarbelakang Perniagaan

  • Nama syarikat: Progressive Mix Industries (M) Sdn. Bhd.
  • Produk dan servis yang ditawarkan: Rangkaian produk kecantikan Nuriz Kosmetik dan salun kecantikan Nuriz Shoppe & Spa
  • Pencapaian: Mempunyai 600 premis di seluruh negara.
  • Facebook: https://www.facebook.com/nurizkosmetikhq

Syarikat milik Datuk Nuriz telah menerima kelulusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk melaksanakan perniagaan salun kecantikan dan spa secara sistem francais. Perniagaannya juga dikembangkan dengan menawarkan pakaian muslimah menerusi rangkaian Nuriz Shoppe Boutique. Ini termasuklah jubah, baju kurung Pahang, turban, tudung, selendang dan kardigan. Bermula dengan tudung Jangok Sokmo, produk Muslimahnya dikayakan dengan pelbagai koleksi jenama lain seperti Ar-Zahra, Al-Tahirah,
 As-Sakinah dan As-Hanim. Datuk Nuriz juga telah menceburi bidang perhotelan dengan menubuhkan Hotel Nuriz Palace dan Nuriz Inn di Sungai Petani, Kedah.

Datuk Nuriz Aktif Bermain Bola Jaring

Datuk Zainuri Mohd Zain

Gambar Pengasas Nuriz Kosmetik

Datuk Nuriz

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: