Siapa Azam Pitt? Jejaka ini adalah seorang artis yang membuat kemunculan pertama melalui penyertaan dalam rancangan realiti TV nyanyian terbitan Radio Televisyen Malaysia iaitu Bintang RTM 2009. Di samping itu, beliau juga pernah menyertai rancangan realiti TV nyanyian terbitan TV3 iaitu My Starz LG Musim 3 pada tahun 2010.
Kini, selepas satu dekad dalam industri hiburan tanahair, Azam telah membina nama sebagai artis versatile di mana beliau dikenali sebagai penyanyi dan juga pelakon. Terbaharu, beliau muncul dalam telefilem berjudul Coklat Chip Special yang turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Duerra Mitilda, Azam Pitt, Khatijah Tan dan Nora Maya.
Biodata Azam Pitt
- Nama Penuh: Ahmad Azam bin Pit
- Tarikh Lahir: 27 Mac 1986
- Umur: 34 tahun (2020)
- Asal: Kuching, Sarawak
- Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Kuching, Sarawak
- Warganegara: Malaysia
- Bangsa: Melayu
- Agama: Islam
- Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
- Drama / Telefilem / Filem:
– Chukang (2010)
– Sijundai (2011)
– Ilaika Yusuf (2012)
– Seindah Sakura (2012)
– Air Yassin (2013)
– Bisikan Syaitan (2013)
– Cahaya Cinta (2013)
– Langit Yang Sama (2013)
– Cinta Si Egois (2014)
– 3 Dara Pelamin 1 (2014)
– Hijab Seorang Isteri (2015)
– Amah Degree (2015)
– Kasih Jasmin (2015)
– Gondola Cinta Di Venice (2016)
– Dunia Hatiku (2016)
– Cinta Pizza (2017)
– Mek Gyver (2017)
– Cikgu Halim (2017)
– Keropok vs Hinava (2017)
– Izinkan Aku Mencintaimu (2017)
– Rindu Yang Tertunda (2017)
– Aku, Dia, Lagu (2018)
– Dia Anak Jeneral (2018)
– Mek Gyver 2 (2019)
– Suara Azan (2019)
– Samad Tedung (2019)
– Ustazah Pencen (2019)
– Lelaki Itu Untukku (2019)
– Terlanjur Mencintaimu 2 (2019)
– Coklat Chip Spesial (2020)
– Cinta Dangdut (TBA)
– Perauk Tambang (TBA) - Persembahan / Konsert:
– Konsert 16 Bintang (2018)
– Konsert Mestika D’ Klasik 2 Dekad (2018) - Pencapaian:
– Finalis Bintang RTM 2009
– Finalis MyStarz LG 2010 (Top 5)
– Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2010 (Top 39/Pencalonan Awal) - Instagram: @azampitt