Asyalliee Makeup a.k.a Syasya Solero adalah seorang gadis yang pernah viral suatu masa dahulu disebabkan video “Macam cantik je.. Macam comel je..“. Disebabkan video tersebut, nama beliau menjadi trending dan sebutan rakyat Malaysia sehinggakan banyak video parodi dihasilkan.
Susulan daripada itulah sebenarnya membuka pintu rezeki buat Syasya Solero yang kini menjenamakan semula dirinya sebagai Asyalliee untuk dikenali peminat. Beliau merupakan brand ambassador untuk produk kecantikan K’Doll Beauty dan produk fashion Leeyana Rahman. Perwatakan Asyalliee yang sentiasa positif itulah menjadi salah satu sebab kenapa dia mampu berdiri teguh walaupun beliau merupakan anak yatim piatu.
Asyalliee mempunyai minat yang sangat mendalam dalam makeup. Disebabkan itu, beliau banyak menghasilkan tutorial makeup di akuan Instagram dan Youtube miliknya. Jenama produk makeup yang selalu digunakan atau yang paling digemarinya ialah Etude House dan Sephora walaupun ramai yang sedia maklum bahawa Asyalliee ialah model make up untuk peralatan kecantikan yang dijual oleh kakaknya sendiri.
Biodata Asyalliee a.k.a Syasya Solero
- Nama Penuh: Siti Syasya Rosaelmi Binti Ahmad
- Nama Glamour: Asyalliee / Syasya Solero
- Nama Panggilan: Asya
- Tarikh Lahir : 26 Jula 1997
- Umur: 21 tahun (2018)
- Asal: Kulim, Kedah
- Tinggal: Kuala Lumpur
- Keluarga: Anak ke-4 dari 5 adik-beradik
- Tinggi: 172 cm
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Agama: Islam
- Status: Berkahwin
- Anak: Seorang lelaki (Haider Mikhael)
- Zodiak: Leo
- Pekerjaan: Freelance Model
- Drama/Filem: Secawan Kopi, Sebungkus Roti, Kaki Gebang
- Instagram: @asyalliee
- Facebook: https://www.facebook.com/Asyalliee-Ahmad-1092905684117709/
- Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCMhtpaG6ph6Gcr2a-e7Bsnw
- Email: [hidden. sila klik sini]
Fakta Menarik Tentang Asyalliee a.k.a Syasya Solero
- Merupakan peminat muzik KPOP antaranya EXO, Bangtan Boys, dan Girls Generation.
- Mempunyai lebih daripada 1.3 juta followers di Instagram dan 250 ribu subscribers di Youtube.
- Salah satu video yang paling popular pernah dihasilkannya bertajuk “Spicy Korean Noodle Challenge” yang mencatatkan 4 juta views dalam masa kurang 6 bulan.
- Pernah menerima hadiah sebuah kereta mewah BMW 320i daripada suami sempena sambutan hari kelahirannya.