Langgan newsletter kami!
Ammar Effendy Header

Biodata Ammar Effendy, Putera Sulung Rozita Che Wan

Sebut sahaja nama Ammar Effendy, pastinya gadis-gadis diluar sana mula cair dan jatuh hati dengan jejaka berbintang Libra tersebut. Putera sulung kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan (Che Ta) ini bukan sahaja kacak dan berbadan sasa malahan bijak bergaya apabila berfesyen.

Paling membanggakan, anak tiri kepada pelakon popular, Zain Saidin itu berjaya mencatatkan keputusan cemerlang iaitu 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Berikut merupakan ringkasan biodata dan trivia menarik disebalik Ammar Effendy buat tatapan pembaca.

Biodata Ammar Effendy

Trivia Menarik Ammar Effendy

  1. Seorang yang ceria, berdikari dan penyayang.
  2. Suka aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam di gym.
  3. Suka bercuti bersama keluaraga atau rakan-rakan terutamanya di luar negara.
  4. Pandai bermain drum dan gitar.
  5. Suka dunia automotif.
  6. Suka mengumpul jam tangan bersama adiknya, Aniq Ezzra.
  7. Ingin mendalami ilmu dalam bidang perniagaan, kewangan dan perakaunan.
  8. Mendapat sebuah kereta mewah BMW kerana pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  9. Pernah menerima jam tangan jenawa mewah iaitu Bell & Ross berharga RM15,800 daripada ibunya, Che Ta sempena ulang tahun kelahirannya ke-19.
  10. Pertama kali menghiasi muka depan majalah tempatan iaitu Intrend edisi Ogos 2016 bersama pelakon berbakat besar, Aedy Asyraf dan Raysha Rizrose.
  11. Menjalankan bisnes minyak wangi jenama sendiri iaitu AE93 dan akan mengeluarkan koleksi pakaiannya dibawah label Ammar E tidak lama lagi.

Gambar Ammar Effendy Di London

Ammar Effendy Anak Che Ta

Gambar Keluarga Che Ta Dan Zain Saidin Bersama Anak Anaknya

Gaya Kasual Remaja Ammar Effendy

Keluarga Rozita Che Wan

Koleksi Pakaian Ammar E

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: