Langgan newsletter kami!

Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Hampir Muflis?

Jika anda hampir dalam keadaan muflis, artikel ini mungkin dapat membantu anda. Baca betul-betul bagaimana untuk menyelamatkan keadaan anda.

Nasihat Berkaitan Muflis atau Bankrupt

Yang pertama sekali, pastikan anda isytihar MUFLIS ataupun BANKRUPT!

Jika hutang anda terlalu banyak dan tiada jalan keluar lebih-lebih lagi dengan hutang kad kredit, jalan terbaik adalah dengan mengisytiharkan diri anda muflis dengan pergi ke Jabatan Insolvensi di http://www.insolvensi.gov.my.

Mengapa perlu isytiharkan diri anda sendiri muflis? Kerana jika anda terus biarkan hutang anda berpanjangan terutamanya hutang kad kredit, jumlah hutang yang perlu anda tanggung akan melambung dengan jauh lebih tinggi lagi. Contohnya, ada seorang kawan saya mula berhutang sebanyak RM2,000 sahaja dengan kad kredit. Dia membayar pembayaran minima sahaja setiap bulan. Lama-kelamaan hutang dia bertimbun terus menjadi RM20,000 selepas beberapa tahun. Kalau dia isytiharkan dirinya muflis awal, dia sudah boleh bekukan interest yang dikenakan terhadapnya dari menggunung dengan lebih teruk lagi.

Kemudian, anda perlu bekerjasama dengan rapat dengan Jabatan Insolvensi untuk clearkan semua aset-aset anda sekarang dan buat jadual pembayaran untuk menjelaskan semua hutang-hutang sedia-ada anda dengan pemiutang-pemiutang anda. Bermakna anda boleh terus bekerja macam biasa dan menerima semua gaji anda ke akaun bank anda sendiri dan membayar bayaran bulanan yang telah diaturkan oleh Jabatan Insolvensi. Anda akan berunding untuk melihat perbelanjaan bulanan serta gaji bulanan anda, dari situ Jabatan Insolvensi akan kemukan bayaran bulanan yang anda perlu lakukan.

Jika anda berjaya melunaskan pembayaran bulanan anda sekurang-kurangnya selama 3 tahun, mungkin segala hutang anda yang lain akan dibuang terus. Tetapi pastikan anda bekerjasama dengan rapat dengan Jabatan Insolvensi untuk melunaskan hutang bulanan anda secara tetap dan on-time. Contohnya, jika anda ada hutang sebanyak RM100,000 dan anda berurusan dengan Jabatan Insolvensi untuk membuat bayaran bulanan dan anda telah lunaskan RM30,000 lah katakan. Mungkin, Jabatan Insolvensi akan memberi pelepasan terus kepada semua hutang-hutang anda selepas itu.

Kalau anda berjaya lakukan ini, nama anda akan bersih terus selepas ini dan tiada lagi sebarang hutang lagi selepas itu.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: