Langgan newsletter kami!
Islamic Wallpaper Gambar Masjid

Apa Maksud Tabayyun

Maksud Tabayyun

Perkataan tabayyun ini diambil dari bahasa Arab. Ia merupakan fiil amr untuk jamak, dari kata kerja tabayyana, masdarnya at-tabayyun. Ia mempunyai 3 pengertian yang berdekatan seperti berikut:

  1. Menjelaskan sesuatu masalah hingga terbukti perkara yang sebenarnya.
  2. Mempertegas hakikat sesuatu.
  3. Tidak tergesa-gesa dan berhati-hati terhadap sesuatu.

Tatsabbut sangat diperlukan di zaman yang penuh fitnah ini. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk tatsabbut seperti firman-Nya di bawah:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasiq dengan membawa berita, maka periksalah dahulu dengan teliti, agar kalian tidak menuduh suatu kaum dengan kebodohan, lalu kalian menyesal akibat perbuatan yang telah kalian lakukan.”
(QS. Al Hujurat : 6).

Imam Asy Syaukani rahimahullah berkata,

“Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.”
(Fathul Qadir, 5:65)

 

Tabayyun Menurut Islam

Tabayyun adalah ketidakhati-hatian terhadap informasi dan berita yang tersebar dan berkait dengan umat Islam tanpa didasari dengan pemahaman yang mendalam. Hal ini sesuai dengan firman Allah seperti berikut :

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.
(An Nur 15)

Firman Allah dalam surat An Nur 15 itu sendiri merupakan penjelasan terhadap peristiwa hadistul ifki (berita bohong) berupa fitnah keji yang dihembuskan oleh Abdullah bin Ubay seorang munafik kepada Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Dan kemudian Allah memberikan petunjuk bahawa Aisyah suci dari segala fitnah dan juga petunjuk bagaimana sikap yang harus diambil untuk menghadapi fitnah.

 

Tabayyun Di Zaman Moden

Di zaman moden yang penuh dengan kecanggihan teknologi ini, kita boleh berkomunikasi dengan pelbagai peranti seperti telefon bimbit, tablet, komputer, televisyen, radio dan suratkhabar. Dengan adanya Internet, sesuatu berita yang belum dipastikan kesahihannya telah disebarkan secara meluas melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan juga aplikasi instant messaging seperti WhatsApp, Telegram, Skype dan sebagainya.

Janganlah kita percaya bulat-bulat dengan apa yang disebarkan sebaliknya kita perlu menyelidiki perkara atau berita yang disebarkan dengan merujuk daripada pelbagai sumber terutamanya sumber yang sahih bagi menentukan kesahihannya. Janganlah kita pula menjadi penyebar fitnah lantaran berita yang belum sahih ini.

Wallahu a’lam

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Muhammad Emirul Shafiq

    Assalaamu’alaykum tuan. Sye sedikit musykil lah terhadap istilah Tabayyun menurut islam tu. Seperti apa yg Tuan katakan di atas, Tabayyun adalah TIDAK BERHATI-HATI terhadap informasi dan berita yang tersebar dan berkait dengan umat islam tanpa didasari dengan pemahaman yang mendalam. Bukankan Tabayyun bermaksud Penyelidikan iaitu menyelidik atau memeriksa berita yang diterima sama ada benar atau tidak dengan atau tanpa pemahaman yang mendalam. Dengan erti kata lain berhati-hati dengan informasi yg diterima agar tidak tertipu dan lebih parah lagi menyebarkannya. Mohon pencerahan untuk itu tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: