Langgan newsletter kami!

Amira Othman Kongsi Momen Mesra Bersama Fattah, Rakan Selebriti Cemburu..

Kongsi Momen Mesra

Penyanyi berbakat, Amira Othman, sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video romantik bersama suaminya, Fattah Amin, di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut, Amira yang anggun mengenakan busana serba putih kelihatan begitu mesra di sisi Fattah yang segak bergaya dalam sut hitam. Pasangan sama cantik sama padan ini difahamkan sedang menikmati momen bulan madu di Lauterbrunnen, Switzerland, lokasi percutian yang terkenal dengan keindahan panorama.

“Oh macam ni ke pose ada suami? Hihi,” tulis Amira berserta kapsyen bersahaja yang membuat ramai peminat tersenyum.

Netizen & Rakan Artis ‘Cemburu Manja’

Perkongsian romantik itu pantas meraih perhatian bukan sahaja daripada peminat, malah rakan selebriti terdekat seperti Ernie Zakri dan Wany Hasrita. Ramai yang meninggalkan komen nakal, kononnya berasa ‘cemburu’ melihat kemesraan pasangan ini, selain mengusik mereka supaya lebih berhati-hati dengan perasaan ‘geng single’.

Ada juga yang berseloroh bahawa aksi romantik pasangan ini seolah-olah seperti menonton babak drama cinta di kaca televisyen, hingga membuatkan ada yang mengaku tersenyum seorang diri di hadapan skrin.

Artikel berkaitan:  Biodata Sufi Rashid, Penyanyi Kelahiran Singapura

Antara komen yang mencuri perhatian:

  • “Hmmmmm.” – Ernie Zakri
  • “Yelahhh yelahhh.” – Wany Hasrita
  • “Haipp tolong ea hormat orang-orang single . Selamat pengantin baru, moga bahagia till Jannah.”
  • “Orang lain pun kahwin jugak. Ingat dia berdua je kahwin. Melampau ya. Dah la ambik je bumi ni, ambik. Kiteorang pindah bulan.”
  • “Tolonglah Ya Allah, rahmatilah pasangan ini. Jaga dan lindungilah mereka sehingga ke syurgaMu. Aamin.”

Rata-rata komen tersebut sarat dengan usikan manja, namun dalam masa yang sama ramai turut menitipkan doa agar rumah tangga mereka sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

Ikatan Cinta Yang Sah

Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025 dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung meriah di Sepang, Selangor.

Terdahulu, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura pada 27 November 2017. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang puteri, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *