Langgan newsletter kami!

Ahmad Dayyan Tidak Rasa Popular Walau Tular Nyanyi Bersama Siti Nurhaliza

Penyanyi baharu, Ahmad Dayyan menegaskan dirinya tidak menganggap sudah popular meskipun video nyanyiannya bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini menjadi tular di media sosial.

Enggan Dibandingkan Dengan Kakak

Menjawab persoalan segelintir pihak yang beranggapan suaranya lebih menyerlah berbanding kakaknya, Umairah, Ahmad atau mesra disapa Amad berkata tiada keperluan untuk wujud perbandingan antara mereka berdua.

Menurut Amad, setiap individu mempunyai rezeki dan kelebihan masing-masing, justeru membandingkan siapa lebih menonjol bukanlah sesuatu yang wajar.

“Tiada istilah siapa lagi popular. Walaupun ada yang suka membandingkan kami, pada saya kami berdua sama sahaja. Tak ada lebih, tak ada kurang.

“Malah, kakak juga selalu berpesan supaya saya lakukan yang terbaik. Dia sentiasa beri dorongan dari belakang dan itu sudah cukup bermakna untuk saya,” katanya.

Sokongan Keluarga & Perubahan Selepas Tular

Amad berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pembukaan cawangan terbaharu Kopi Saigon, milik pasangan selebriti Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz, yang berlangsung di MyTown, Cheras pada Rabu.

Artikel berkaitan:  Koleksi Wallpaper dan Gambar Comel Didi & Friends Penghias Desktop Anda

Mengulas mengenai perubahan hidup selepas namanya mula dikenali ramai, Amad akui jumlah pengikut di laman Instagram semakin meningkat. Malah, dia juga lebih kerap menerima perhatian peminat ketika berada di khalayak.

“Ramai yang mula kenal dan minta bergambar bersama. Ada juga yang ajak menyanyi sedikit secara spontan, tapi saya okay sahaja.

“Alhamdulillah, pengikut Instagram saya juga semakin bertambah. Paling penting, setakat ini saya tidak menerima mesej yang pelik-pelik daripada orang yang tidak dikenali.

“Saya rasa masih boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Malah, rakan-rakan saya juga tidak ada masalah dan mereka turut memberi sokongan,” jelasnya.

Bermula Dari Video Nyanyian

Untuk rekod, Ahmad Dayyan mula mencuri perhatian ramai selepas tular dalam sebuah video nyanyian bersama kakaknya, Umairah. Sejak itu, bakatnya semakin mendapat perhatian peminat muzik tempatan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *