Langgan newsletter kami!
Resepi Cinnamon Rolls

Resepi Cinnamon Rolls Yang Lazat

Jom buat sesuatu yang sangat lazat untuk dihidangkan ketika minum petang, cinnamon roll yang manis berherba lagi lemak berkrim! Resepi ini adalah untuk 12 gulungan cinnamon rolls dan cukup mudah disediakan.

Bahan-bahan Resepi Cinnamon Rolls

Untuk membuat doh:

  • 1 cawan susu panas (110 darjah celsius)
  • 2 1/2 sudu kecil yis kering aktif
  • 4 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Untuk membuat inti:

  • 1 cawan gula merah
  • 1/3 cawan mentega
  • 2 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 3/4 sudu kecil serbuk buah pala

Untuk membuat aising:

  • 6 sudu besar mentega bergaram
  • 4 auns krim keju
  • 1 1/2 sehingga 2 cawan gula serbuk
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Cara Memasak Cinnamon Rolls

Untuk membuat doh:

  1. Panaskan susu sehingga 110 darjah celcius dan taburkan yis ke dalam susu. (Jangan terlebih panas kerana ia boleh membunuh yis). Tunggu selama 5 hingga 10 minit untuk yis menjadi buih.
  2. Sementara menunggu, campurkan tepung, gula, mentega, telur dan garam di dalam mixer sehingga sebati. Kemudian, tambahkan campuran susu dan yis tadi ke dalam adunan.
  3. Alihkan adunan ke dalam mangkuk yang telah diletakkan gris supaya tidak melekat. Tutup dengan tuala dan tinggalkan selama 1 jam di tempat yang panas untuk doh mengembang.
  4. Setelah 1 jam, tumbuk doh sedikit dan letakkan ke atas permukaan yang bertepung. Lenyekkan doh menjadi saiz 12″ x 16″ panjang.

Untuk membuat inti:

  1. Campurkan gula merah, mentega, kayu manis dan buah pula di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati dan bertekstur serdak. Taburkan merata ke atas doh yang telah dilenyek tadi.
  2. Bermula dari sisi yang panjang, gulungkan doh menjadi satu tiub yang panjang. Kemudian, potong doh menjadi 12 bahagian.
  3. Letakkan 12 bahagian doh dan inti tersebut ke dalam dulang yang bergris dan tutup dengan tuala lembap. Biarkan doh kembang lagi 30 minit.
  4. Setelah itu, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 350 darjah untuk selama 20 – 25 minit.

Untuk membuat aising:

  1. Semasa menunggu cinnamon rolls anda masak, campurkan mentega dan krim keju di dalam satu mangkuk dan gaul sebati. Tambahkan gula serbuk dan ekstrak vanila dan terus menggaul sehingga mendapat tekstur gebu.
  2. Sapukan aising pada cinnamon rolls anda yang masih panas dan segeralah nikmati kelazatannya!

Sumber resepi: iwashyoudry.com

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: