Ish, rimasnya dengar dia berdengkur! Mungkin itu yang terdetik dalam hati anda apabila mempunyai teman sebilik yang berdengkur. Hendak dimarah, orangnya sedang tidur. Hendak ditegur kemudian, takut dia terasa hati. Anda pun diamkan sahaja ketidakpuasan hati.
Tahukah anda bagaimana berdengkur terjadi? Ia terjadi apabila seseorang yang sedang tidur menghela nafas dan lelangit lembut di bahagian belakang mulutnya bergetar disebabkan oleh sumbatan pada saluran hidung. Jika ia berlaku pada orang lain, anda bolehlah berikan petua ini kepada mereka untuk diamalkan. Jika anda sendiri yang mendapat teguran pula, amalkanlah petua ini untuk mengatasi berdengkur.
Cara Atasi Masalah Berdengkur
Mari pelajari cara-cara mengatasi masalah berdengkur sama ada untuk teman sebilik anda atau pun diri sendiri.
- Elakkan mengambil alkohol dan rokok sebelum tidur.
- Tidur secara mengiring.
- Kunyah makanan dengan baik untuk merangsang lelangit.
- Elakkan makan banyak sebelum tidur.
- Gosok gigi sebelum tidur dan bersihkan lidah.
- Tiup belon sebelum tidur.
Ini pula rawatan mengatasi berdengkur menggunakan makanan. Kata orang, biar makanan menjadi ubat pada kita dan kita berubat dengan makanan.
Serbuk Habbatussauda
Ambil ½ sudu kecil serbuk habbatussauda dengan air suam sebelum tidur untuk mengatasi masalah berdengkur secara semula jadi.
Buah Pelaga
Buah pelaga boleh membantu mengurangkan kesesakan dalam sinus dan dada. Untuk merawat dengkur, buat teh buah pelaga dengan mencampurkan satu sudu kecil serbuk buah pelaga ke dalam secawan air suam. Rendam selama 20 minit dan minum satu jam sebelum tidur.
Jus Ceri
Minum 1 atau 2 sudu besar jus ceri sebelum tidur. Jus ceri didapati sangat penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Jus ini meningkatkan tahap hormon melatonin badan yang membantu kualiti tidur.
Jus Tomato dengan Madu
Jus tomato boleh membantu dalam mencegah pembentukan lapisan di hidung dan tekak sehingga saluran pernafasan menjadi lega. Minum 1 cawan jus tomato yang ditambah 1 sudu kecil madu di dalamnya sebelum tidur.
Minyak Biji Popi
Makan ½ sudu kecil biji popi 2-3 kali pada siang hari dan urut tekak anda dengan minyak biji popi sebelum tidur.
Semoga tips ini dapat membantu.
Aku hadapi masalah dengkur kuat juga… even walau take nap huhu.. doktor cakap saluran tonsil aku agak mengecil dan ruang sempit tu menggalakkan berdengkur… solution buat pembedahan huhu.. tapi tak buat lagi la… hehe. maybe dok try2 tanpa pembedahan