Siapa yang tidak pernah makan char kuey teow? Sama ada dijual di tepi jalan, medan selera atau restoran, anda pasti dapat melihat ramai orang yang membeli dan menikmati makanan yang lazat ini. Rasanya yang cukup masin, pedas dan manis memang buat anda rasa mahu tambah lagi bukan? Malangnya dengan keadaan orang yang ramai, rasa malas pula hendak tunggu hidangan ke-2 anda siap.
Sebenarnya, makanan kegemaran rakyat Malaysia ini cukup mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Selepas ini, anda bolehlah masak banyak-banyak dan tambah selagi mahu. Tak perlu beratur panjang atau tunggu lama untuk menikmati char kuey teow lagi.
Ikut resipi ringkas ini untuk menyediakan char kuey teow yang bikin air liur anda meleleh. Kali ini, anda akan menggunakan sos kicap segera char kuey teow yang marvelous.
Jumlah hidangan: 4 pinggan
Bahan-bahan Resepi Char Kuey Teow
- Sepaket kuey teow halus
- 10 ekor udang atau lebih
- 1 cawan isi kerang – direbus dahulu (jika suka)
- 2 biji telur
- Daun kuchai – potong panjang-panjang seperti ibu jari
- Sos kicap char kuey teow – bancuh dengan air mengikut label
Cara Memasak Char Kuey Teow Ringkas
- Panaskan kuali dengan api yang besar dan masukkan minyak masak.
- Masukkan udang dan goreng selama 30 saat.
- Kemudian masukkan isi kerang rebus.
- Masukkan kuey teow dan daun kuchai, kacau sebati.
- Pecahkan telur dan masukkan kicap char kuey teow yang telah dibancuh.
- Kacau sebati sekitar 5 saat.
- Tutup api dan segera hidang.
Tips Memasak Char Kuey Teow
- Gunakan api dapur yang besar ketika memasak.
- Segera hidang dan makan setelah siap dimasak untuk mengelakkan kuey teow menjadi kembang.
- Anda hanya perlu menyediakan bahan rencah dan bancuhan kicap char kuey teow untuk resipi ini! Tidak perlu kisar bawang, cili dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Untuk variasi lain resepi Resepi Char Kuey Teow Homemade, sila rujuk sini.
maaf bertanye, kat mane nak beli sos kicap segera char kuey teow ni?? sy dah cari bnyak kedai.. xde jual pon.
Ada banyak jenama sos char kuey teow di pasaran. Cuba cari di pasaraya berdekatan dengan rumah. Antara contoh sos dia seperti di link ini http://syahflavor.blogspot.my/2011/10/kini-sos-char-koay-eow-berada-di.html
Ataupun anda boleh cuba buah sos kicap home made.