Langgan newsletter kami!
Best Matte Lipsticks In 2017

Cara Memilih Warna Lipstick Yang Sesuai Dengan Kulit

Salah satu makeup yang wajib ada bagi seorang wanita adalah lipstick, kerana ia dapat mengubah penampilan hanya dengan sekali sapuan. Wajah yang pucat dapat diserikan dengan warna lipstick yang sesuai tetapi awas, wajah yang pucat boleh bertambah ‘sakit’ jika salah memilih warna lipstick.

Tidak susah untuk memilih, asalkan anda tahu warna dasar kulit anda!

Warna dasar kulit membantu anda bukan sahaja dalam soal pemilihan warna makeup, ia juga membantu anda dalam soal pemilihan warna pakaian. Jadi anda wajar mengetahui perkara asas yang penting ini.

Ada 3 jenis warna dasar kulit iaitu sejuk, panas dan neutral. Mereka yang mempunyai warna dasar kulit sejuk adalah lebih ‘putih’ sementara mereka yang mempunyai warna dasar kulit panas adalah lebih ‘coklat’. Bagi mereka yang neutral pula, mereka mempunyai ‘putih’ dan ‘coklat’ yang sama rata.

Lipstick untuk warna dasar kulit sejuk

Perhatikan urat pada pergelangan tangan anda, jika warnanya kebiruan, maka anda memiliki dasar warna kulit sejuk. Untuk memastikannya lagi, letakkan perhiasan emas putih dan ia pasti nampak menonjol di pergelangan tangan anda. Selain itu, kulit anda juga mudah terbakar sebelum menjadi lebih gelap di bawah matahari.

Anda perlu memilih lipstick yang kebiruan atau keunguan dan mengelakkan lipstick yang keorenan serta warna-warna yang terlalu lembut.

Lipstick untuk warna dasar kulit panas

Perhatikan urat pada pergelangan tangan anda. Jika warnanya kehijauan, anda mempunyai warna dasar kulit panas. Letakkan perhiasan emas kuning pada kulit anda dan ia pasti nampak menonjol. Kulit anda juga mudah menjadi gelap di bawah matahari.

Anda perlu memilih lipstick kemerahan dan keorenan untuk nampak cantik.

Lipstick untuk warna dasar kulit neutral

Anda pasti sudah dapat mengagak bahawa mereka yang neutral boleh memilih lipstick pelbagai warna kerana warna dasar kulit mereka yang versatil. Kulit yang neutral boleh menonjolkan kedua-dua jenis emas putih dan kuning serta tidak mudah terbakar atau menjadi gelap di bawah matahari.

Walaupun anda bebas untuk memilih warna lipstick yang anda sukai tetapi pada akhirnya, anda sendiri yang harus berasa yakin dengan penampilan anda. Cuma mungkin untuk hari-hari yang penting seperti temuduga dan majlis perkahwinan, anda gunakanlah panduan ini supaya keterampilan anda terjamin!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: