Langgan newsletter kami!
Pengasas Dnars Skincare (Header)

Biodata Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad

Biodata Pengasas Dnars Skincare

  • Nama: Faziani Rohban Ahmad
  • Nama Panggilan: Faz
  • Umur: 39 tahun (2017)
  • Darah: Campuran Pakistan di sebelah bapa
  • Asal: Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan
  • Adik beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Suami: Haji Ahmad Shah Rizal Ibrahim
  • Syarikat: Rohban Trade Sdn Bhd
  • Perwatakan: Seorang yang bersederhana dan merendah diri. Beliau hanya mahu dikenali sebagai jurucakap produk Dnars dan menolak banyak pelawaan sesi temu bual media yang mendedahkannya sebagai pengasas produk itu.

Kisah Peribadi Pengasas Dnars Skincare

Puan Faziani memang meminati bidang kecantikan sejak zaman remaja lagi. Seorang gadis yang suka melaram, beliau menjaga kecantikan diri dan sentiasa bergaya dengan pakaian yang cantik serta berkasut tumit tinggi. Beliau mengamalkan petua kecantikan daripada nenek moyang sejak zaman sekolah menengah.

Apabila tamat tingkatan 5, beliau terus bekerja dalam bidang kecantikan walaupun bapanya ingin beliau menjadi jururawat yang lebih terjamin. Beliau tetap dengan minatnya dan menceburkan diri menjual produk kosmetik dan membuka salon.

Kisah Perniagaan Dnars Skincare

Adat orang berniaga, pasti ada kesukaran yang dilalui. Begitu juga dengan Puan Faziani.

Semasa menjalankan perniagaan salon, Puan Faziani turut berniaga beberapa jenama kosmetik bersama rakan kongsi. Beliau terpaksa menutup salonnya kerana ingin menumpukan pada penjualan kosmetik yang memerlukannya bergerak ke sana ke mari.

Pernah ditipu soal duit oleh rakan kongsinya, akhirnya Puan Fuziani bertekad untuk mengeluarkan produk sendiri maka terhasillah jenama Dnars. Produk pertamanya merupakan sabun badan.

Menguruskan perniagaan seorang diri, ditambah pula urusan anak-anak, Puan Faziani memang melalui waktu yang mencabar untuk membina jenama Dnars. Menurutnya agak sukar untuk meyakinkan orang dengan produk yang belum dikenali.

Namun kegigihannya membuahkan hasil apabila produk Dnars semakin diterima dan semakin laris setelah diiklankan di dalam majalah.

Kini, produk Dnars sudah mempunyai lebih 500 stokis dan pengedar di serata negara termasuklah Brunei dan Singapura.

Produk yang dijual adalah produk penjagaan wajah bagi kulit sensitif, jerawat dan jeragat, sabun pencerahan kulit badan, kapsul dan minuman kesihatan berasaskan kolagen.

Gambar Faziani Dnars Skincare

Gambar Faziani Dnars Dan Suami

Foto Pengasas Dnars Skin Care

Faziani Rohban Dnars Skincare Ketika Anugerah APO2016

Gambar Faziani Dnars Skincare Dan Suami

Wajah Pengasas Dnars Skincare

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

4 comments

  1. boleh saya tahu apa visi misi dan objektif produk ini ? saya ingin membuat kerja projek

  2. al Fatihah utk pengasas produk nie

  3. Asssalamualaikum saya kakcik dari johor tengah mencari bantuan dan pertolongan sangat2 dah usaha srmua kecewa dan hampa…. saya mohon jasa baik encik dan anak arwah dapat membantu saya…. no saya 0136619837 saya perlu segera nak bayar syarikat pinjaman asyik dikejar saje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: