Biodata Pengasas Nurraysa Beauty
- Nama Penuh: Nur Aini Zolkepeli
- Asal: Dungun, Terengganu
- Tempat Tinggal: Taman Pandan Permai, Kuantan, Pahang
- Umur: 25 Tahun (2017)
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Pendidikan:
– Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang, Terengganu
– Diploma Kejururawatan Universiti Asia Metropolitan, Kuala Lumpur - Status: Berkahwin
- Nama Suami: Saiful Anuar Seliman
- Nama anak-anak:
– Muhammad Rafiq Rayyan
– Nur Raisha Raihanah - Nama NURRAYSA adalah hasil gabungan:
– NUR (Nur Aini – Nama Pengasas)
– RAY (Rayyan – Anak Sulung)
– SA (Saiful – Nama Suami) - Website: http://nurraysabeauty.my
- Facebook: https://www.facebook.com/humaira.pmc
Kisah Peribadi Nur Aini Zolkepeli
“Bukan mudah untuk menjalankan bisnes secara dalam talian di rumah apabila ada anak kecil yang perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, saya tidak menganggapnya sebagai halangan untuk bekerja, sebaliknya menjadikan saya lebih berdisiplin, konsisten dan bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai isteri dan ibu.”
– Nur Aini Zolkepeli, Pengasas Nurraysa Beauty
Nur Aini Zolkepeli merupakan seorang wanita yang menjaga tuntutan syariah. Beliau tidak percaya bahawa menjual produk kecantikan memerlukan seseorang wanita itu mendedahkan auratnya. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah seorang wanita yang memakai purdah.
Beliau telah mendirikan rumah tangga seawal usia 20 tahun, ketika dalam pengajian. Sejak awal selepas mendirikan rumah tangga, beliau berazam untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan ingin menjalankan perniagaan sendiri.
Puan Nur Aini Zolkepeli pernah berkerja sebagai juruwang stesen minyak demi membantu meringankan beban suaminya. Namun akhirnya, Puan Aini mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan secara online di rumah.
Pernah menghadiri program keusahawanan Azizan Osman, Puan Aini mengikuti nasihatnya untuk menjaga amalan solat tahajud dan berusaha untuk memberi manfaat kepada orang ramai.
Kisah Perniagaan Nurraysa Beauty
Dengan meminjam duit gaji suami sebanyak RM500, beliau memodalkannya untuk berniaga produk rumpai laut.
Selepas mengenali seorang usahawan wanita yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan produk kecantikan, beliau mula membuat produk sendiri iaitu sabun pencuci muka Nurraysa Beauty.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut ialah rumpai laut, susu kambing, minyak zaitun dan herba tempatan yang diadun dengan halus sehingga menjadi sabun kolagen (nurraysa collagen soap).
Jualan produk Nurraysa pernah mencecah 1 juta ringgit sebulan dan menjadi buah mulut orang.
Rata-rata agen dan stokis produk Nurraysa terdiri daripada surirumah dan beliau sangat gembira kerana dapat membantu ramai orang memiliki kehidupan yang lebih baik.
assalamualaikum Puan,
bagaimana caranya jika saya ingin menjadi ejen produk Puan ini.