Mendengar lagu tiada salahnya. Sehinggakan, ada yang menjadikan hiburan lagu itu sebagai satu cara untuk menghiburkan diri sendiri daripada bebanan kerja, tekanan atau permasalahan yang bergelumang dalam hidupnya.
Benar, dalam Islam hiburan itu juga diharuskan. Namun, perlu diperhatikan lagu bagaimana yang sepatutnya didengar oleh telinga kita. Dan, adalah lebih baik sekiranya kita selidik terlebih dahulu lirik lagu tersebut sebelum dinyanyikan atau diputarkan.
Tahukah anda, terdapat beberapa lagu yang popular dan sering dimainkan di corong-corong radio itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur pemujaan syaitan? Antaranya seperti berikut;
1. Las Ketchup – The Ketchup Song (Asereje)
Lagu ini agak popular sekitar tahun 90-an. Ia dinyanyikan oleh tiga orang wanita muda dengan gerak tari yang ligat dan muzik yang amat rancak. Ia juga popular di Malaysia disebabkan lawak yang selalu digayakan oleh pelawak terkenal Saiful Apek. Namun begitu, terdapat beberapa perkataan dalam lirik lagu tersebut mengandungi maksud yang aneh. Sebagai contoh, perkataan ‘ragatanga‘ dalam bahasa Sepanyol ini merupakan sebuah upacara memanggil syaitan dari Eropah. Juga, perkataan “aserejè ja de jè de jebe tu de jebere seibiunouva, majavi an de bugui an de buididipi” dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud mengajak manusia meninggalkan agama.
2. Led Zappelin – Stairway to Heaven
Membaca tajuk lagunya sahaja mungkin bagus, kerana ia bermaksud mengajak pendengar menuju ke tempat yang baik iaitu syurga. Walaupun begitu, ada sesetengah pendengar yang mengkaji lagu ini menyatakan lirik lagunya menyeramkan dan agak aneh maksudnya jika didengar secara terbalik atau reverse.
3. SHINee – Lucifer
Bagi mereka yang menggemari lagu nyanyian K-Pop, berwaspadalah. Ini kerana salah satu kumpulan K-Pop terkenal iaitu SHINee turut sama dikaitkan dengan hal pemujaan syaitan. Lebih-lebih lagi, tajuk lagu mereka itu adalah Lucifer; syaitan. Bahkan, klip video lagu ini juga agak aneh dan mencurigakan kerana mempunyai unsur-unsur Illuminati melalui gerakan tari ahli kumpulan ini.
4. Rihanna – Umbrella
Lagu ini pernah mengungguli Carta Billboard suatu masa dulu. Jika anda pernah menonton video YouTube nyanyian Rihanna feat Jay-Z bertajuk Umbrella ini, pasti anda akan menemui sesuatu yang aneh. Ini kerana video klip lagu tersebut dimasukkan dengan pelbagai unsur kepercayaan Illuminati; sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan pemujaan syaitan. Bahkan, dalam lirik lagu ini juga terdapat perkataan ‘Rocafella’ atau ejaan lain Rockefeller; sebuah keluarga elit di Barat yang memiliki latarbelakang Illuminati dan ‘took an oath’ bermaksud sumpah setia.
5. The Eagles – Hotel California
Lagu ini amat terkenal di sekitar tahun 90-an dan dinyanyikan oleh kumpulan The Eagles. Namun, dalam lirik lagu ini terdapat banyak metafora atau kiasan yang dapat dikaitkan dengan keberadaan sebuah gereja yang sepi lalu diambil alih oleh pemuja syaitan di California tahun 1969. Jika didengar dengan teliti, anda akan temui kata-kata seperti ini; “We haven’t had that spirit here since nineteen sixteen nine” dan “Yes, satan organized his own religion”.
6. Hozier – Take Me to Church
Lagu ini pernah dinobatkan sebagai ‘Song of The Year’ di Grammy pada tahun 2015. Selain tajuk lagu yang agak kontroversi kerana terdapat perkataan ‘Church’, lagu ini turut terkandung elemen pemujaan terhadap wanita, seks, dosa-dosa serta perkataan-perkataan yang mengajak manusia jauh dari landasan agama.
7. Lady Gaga – Alejandro
Dikatakan lagu ‘Alejandro’ yang bermaksud Tuhan nyanyian penyanyi terkenal Lady Gaga ini juga berkait dengan pemujaan syaitan menerusi liriknya. Bahkan, menerusi klip videonya Lady Gaga sering menghadap ke atas.
Dan, sebenarnya bukan itu sahaja tetapi terdapat banyak lagi buah lagu yang menjadi mainan di bibir anak muda dulu dan kini mempunyai perkaitan dengan pemujaan syaitan dan unsur-unsur mistik. Moga perncerahan ini dapat membantu kita semua menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah walau hanya dengan melalui lagu.