Langgan newsletter kami!

Himpunan Kata-kata Cinta Romantis

Cinta adalah sesuatu yang indah. Tambahan lagi jika ia diserikan dengan kata-kata indah yang menggambarkan perasaan seseorang itu kepada kekasihnya. Tentu sekali cinta yang bersemi akan terus mekar indah. Berikut adalah himpunan kata-kata cinta romantis yang boleh digunakan untuk diucapkan dan diluahkan buat pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

Ketika mereka bertanya tentang kelemahanku, kelemahanku adalah kamu. Aku merindukanmu di mana-mana dan aku sangat mencintaimu

Cinta bukanlah tentang berapa lama kamu mengenal seseorang, tapi tentang seseorang yang membuatmu tersenyum sejak kamu mengenalnya

Ketika kau belum mengambil keputusan untuk tetap bertahan dengan perasaan itu, bersabarlah, cinta yang akan menguatkanmu

Aku tidak akan pernah menjanjikan untuk sebuah perasaan, tapi aku boleh menjanjikan untuk sebuah kesetiaan

Cinta yang sebenarnya tidak buta. Yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa adanya suatu pertimbangan

Tuhan.. Jagalah dia yang jauh di sana, lindungilah setiap detik hidupnya, sayangilah dia melebihi Engkau menyayangiku

Terkadang air mata adalah tanda kebahagiaan yang tidak terucap. Dan senyuman adalah tanda sakit yang tidak terlihat

Mencintai dan menyayangimu adalah anugerah terindah dalam hidupku

Air mata merupakan satu-satunya cara bagaimana mata berbicara ketika bibir tidak lagi mampu berbicara

Tanda-tanda cinta adalah ketika anda merasa bahawa kebahagiaan orang tersebut lebih penting daripada kebahagiaan sendiri

Janganlah kau janjikan bintang dan bulan untukku, cukup dengan memberikan janji bahawa kau akan selalu ada bersamaku

Wanita adalah buah karya terindah Sang Pencipta maka perlakukanlah mereka dengan penuh kelembutan, keimanan, dan cinta

Mulailah segala sesuatu dengan senyuman kerana senyuman adalah awal dari kasih sayang

Pengertian cinta bukan dilihat dari besarnya kasih sayang, tetapi dari besarnya pengorbanan

Tiada yang salah dengan CINTA. Kerana ia hanyalah sebuah kata dan kita sendirilah yang memaknainya

Darjat sesebuah cinta hanya boleh diukur dengan seberapa besar pengorbanan yang kita lakukan

Di kala wanita menangis bukan bererti dia lemah, tetapi itu ekspresi kekuatan dirinya

Kisah cinta yang sebenar takkan pernah ada akhirnya

Cinta bukanlah sekadar perasaan semata-mata. Ia juga menuntut pengorbanan

Senjata yang paling ampuh dimuka bumi ini adalah jiwa seorang yang sedang dirundung asmara

Mencintai seseorang akan memberikan kita kekuatan, dan dicintai seseorang akan memberikan kita keberanian

Cinta merupakan keteguhan hati yang ditambatkan pada kemanusiaan yang menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa depan

Ketika mencintai seseorang, cintailah apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika mencinta tanpa syarat

Semoga bermanfaat buat semua!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. Sesuai sangat ni dijadikan panduan buat anak-anak muda yang tengah bercinta.

  2. Thanks..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: