Langgan newsletter kami!
Gambar Mat Dan

Biodata Mat Dan, Mat Salleh Yang Pandai Cakap Loghat Terengganu

Siapa Mat Dan? Baru-baru ini viral di Youtube dan radio tempatan (THR dan Sinar) tentang seorang lelaki Inggeris yang pandai bercakap Melayu malahan petah pula menggunakan loghat Terengganu. Beliau adalah Daniel Tayelar atau lebih mesra dipanggil dengan nama Mat Dan atau Mat Dang (dalam slang ganu oleh penduduk setempat). Beliau boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek Terengganu selepas 3 tahun menetap di sana. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Mari kita tinjau biodata dan info menarik tentang Mat Dan.

 

Biodata Mat Dan

  • Nama Asal: Daniel Tayeler
  • Nama Panggilan: Mat Dan / Mat Dang (slang Terengganu)
  • Asal: Bristal, England
  • Agama Terkini: Islam
  • Nama Islam: Khareef Daniel Abdullah
  • Tarikh Lahir: Tahun 1990
  • Umur: 26 Tahun (2016)
  • Sahabat: PU Amin
  • Rancangan TV: Haramain Backpackers – Trans Siberian (menceritakan pengalaman realiti menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer)
  • Artis Kegemaran: Yuna

 

Perkara Menarik Tentang Mat Dan

  1. Mat Dan pertama kali menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.
  2. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, Laos dan singgah ke Malaysia di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun selepas terpikat dengan keindahan pulau tersebut. Antara sebab lain juga kenapa Mat Dan memilih untuk menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan penduduk Malaysia dan Terengganu khususnya yang sangat mesra dengannya.
  3. Mat Dan kemudiannya telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah dan sejak itu beliau dipanggil dengan nama Mat Dan yang merujuk kepada nama Mat Daniel.
  4. Mat Dan merancang untuk berkahwin pada 2016 namun identiti bakal isteri beliau masih lagi menjadi misteri.
  5. Beliau juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.
  6. Antara perkata mengejutkan yang berlaku pada Mat Dan apabila dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris pula. Malahan, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan ‘Lah’.
  7. Mat Dan sebelum ini sangat fobia dengan buah Durian yang pada awalnya disangka aiskrim. Namun kini tempoyak durian pula menjadi makanan yang disukainya iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak.
  8. Bapa Mat Dan, Kevin, 53 tahun, seorang ahli perniagaan dan ibunya Nicol, juga 53 tahun, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.

Gambar Mat Dan

Gambar Islam Mat Dan Pakai Kopiah Dan Cermin Mata Hitam

Gaya Santai Mat Dan

Mat Dan Bersama Ustaz Azhar Idrus UAI

Aksi Mat Dan Bersama Zizan Razak

Gambar Mat Dan Bersama Yuna

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: