Langgan newsletter kami!
Apam Beras

Resepi Kuih Apam Tapai Tepung Beras

Apam Tapai Tepung Beras atau juga dikenali sebagai Apam Beras atau Apam Tapai Nasi adalah kuih yang sangat digemari ramai. Ini kerana teksturnya yang gebu dan lembut memang sangat sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Tambahan lagi ada yang suka mewarnakan kuih ini dengan pelbagai warna lantaran menjadikannya lebih menarik untuk dimakan.

 

Bahan-bahan Apam Tapai Tepung Beras

  • 2 cawan tapai pulut
  • 500 gram tepung beras
  • 2 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 1 bungkus garam ENO (ubat kembung perut)
  • 1/2 sudu teh pewarna (jika mahukan warna lain)
  • 1 biji kelapa muda parut (ambil yang putih sahaja)
  • 1 sudu teh garam

 

Cara Membuat Apam Tapai Tepung Beras

  1. Masukkan gula, air dan tapai ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  2. Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam.
  3. Masukan garam ENO ke dalam adunan perapan tadi, kacau sebati dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.
  4. Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit.
  5. Sementara itu dalam mangkuk yang lain, gaulkan kelapa parut bersama garam.
  6. Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut.

Apam Tapai Tepung Beras Warna Warni Apam Beras

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: