Langgan newsletter kami!
Asam Pedas Simple

Resepi Asam Pedas Simple Tapi Sedap

Tidak dinafikan asam pedas merupakan salah satu hidangan lauk masakan Melayu yang sedap dan popular. Masak dengan ikan apa pun sedap. Tambahan lagi ianya sangat simple dan mudah untuk disediakan. Walaupun terdapat pelbagai versi umpamanya asam pedas johor, asam pedas melaka, asam pedas kelantan, utara dan sebagainya namun resepi asasnya adalah sama.

Di sini saya bukan hendak bercerita panjang tentang resepi terperinci seperti yang disebutkan di atas, cuma hendak berkongsi resepi asas asam pedas yang simple tetapi sedap dimakan. Tak perlu tambahan banyak bahan yang kurang penting seperti bunga kantan dan sebagainya. Maklumlah dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu semua barang mahal. Jadi kita masak letak bahan yang penting-penting saja. Ye tak?

Bahan-bahan

  • 3 potong ikan tenggiri (boleh ganti dengan ikan kegemaran anda)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang serai – ditumbuk
  • segenggam daun kesom
  • 7-8 batang bendi
  • 15 batang cili kering – digunting kecil dulu
    (lebihkan cili untuk lebih pedas)
  • pes asam jawa
  • secubit garam
  • secubit gula atau ajinomoto
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak Asam Pedas Simple

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering ke dalam blender dan kisar semua bahan di atas. (Jangan kisar ikan pulak ye. hehe..)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan ikan, air dan asam jawa. Kadar bancuhan air asam jawa mengikut kadar kemasaman yang disukai.
  4. Masukkan daun kesom untuk lebih wangi.
  5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayuran yang disukai (bendi) dan perasakan dengan garam dan gula/ajinomoto.
  6. Bila sayur sudah lembut (dalam 3-4 minit), tutup api.
  7. Siap asam pedas. Simple kan?

Mudah saja kan? Versi asam pedas ini sangat sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan tidak mahu meluangkan masa yang banyak untuk memasak. Untuk yang masih bujang pun sangat sesuai mencuba resepi ini. Tentunya penjimatan dari bahan yang anda gunakan boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih memerlukan.

Selamat memasak!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Makasih banyak untuk resep asam pedas ni, aku nak nyoba di rumah dengan daging ayam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: