Langgan newsletter kami!
Hospital Sultan Ismail

Perbezaan Antara Klinik dan Hospital di Malaysia

Ramai orang selalu bertanya, jika saya sakit ke mana harus saya tuju? Ke klinik atau terus ke hospital? Dan sekarang ada pula klinik baru yang dipanggil Klinik 1 Malaysia. Apa beza semua ini? Bukankah semuanya bertujuan merawat pesakit?

Jadi, artikel ini akan mengupas perbezaan di antara klinik dan hospital. Ini kerana masih ramai yang tidak tahu menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Di Malaysia, ada pelbagai kategori klinik seperti klinik desa, klinik kesihatan, klinik 1 Malaysia, klinik ibu dan anak dan juga hospital. Terdapat perbezaan antara di antara satu sama lain dan ianya bertujuan untuk memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit yang memerlukan.

 

Beza Klinik dan Hospital

Perbezaan antara klinik dan hospital adalah dari segi perkhidmatan yang diberikan dan kapasiti untuk menampung jumlah pesakit. Klinik kesihatan diselengara oleh Pegawai Perubatan (Doktor) dan pembantu hospital yang akan merujuk seseorang pesakit ke hospital untuk mendapatkan pandangan Pakar Perubatan jika diperlukan. Manakala hospital pula dibahagikan kepada beberapa unit atau bahagian seperti medical, surgikal, O&G (Obstetrik & Ginekologi), pediatrik dan sebagainya dan diselengara oleh pakar perubatan dalam bahagian masing-masing. Unit-unit di hospital adalah lebih fokus kepada bidang kepakaran masing-masing.

Klinik kerajaan biasanya memberi perkhidmatan seperti pesakit luar, check-up untuk ibu mengandung dan pendidikan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Hospital pula memberikan perkhidmatan yang lebih meluas meliputi penyakit kronik dan menjadi tempat rujukan klinik-klinik di sekitarnya.

 

Jadi, Ke Mana Perlu Saya Tuju?

Kebanyakan kes kesihatan biasa akan dirawat di klinik sahaja namun jika ianya melibatkan masalah yang lebih besar dan kecemasan, rujuklah terus ke hospital. Jika anda selalu ke klinik swasta, dan doktor di sana mengesahkan yang penyakit anda perlukan diagnosis lanjut seperti X-Ray dan sebagainya, maka doktor klinik tersebut akan merujuk anda ke hospital berhampiran. Begitu juga jika anda mendapatkan rawatan di hospital swasta. Ada sesetengah hospital swasta memberi pilihan kepada anda untuk meneruskan rawatan di sana atau mendapatkan rawatan susulan di hospital kerajaan kerana bimbang akan kos berlipat kali ganda yang anda kena bayar nanti. Lainlah jika anda mempunyai perlindungan insurans kesihatan dan medikal card.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: