Khasiat dan Kebaikan Pemakanan Sunnah
1.Barli (Barley)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam. Selain itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (dengan syarat jangan campurkan dengan gula).
2.Kurma (Dates)
Kurma merupakan “tenaga segera” kerana mudah diserap dan diproses. Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang). Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19: “Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan” Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan” Sabda Nabi yang lain: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”
3.Ara atau Tin (Figs)
Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ia adalah buah-buahan dari syurga dan ubat untuk buasir.
4.Anggur (Raisins & Grapes)
Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan, antaranya ialah mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut dan usus. Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman: “Dan di bumi terdapat bahagian yang berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dari yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti”.
5.Madu (Honey)
Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan. Apabila dicampur bersama air panas, ia boleh mengubati penyakit cirit-birit. Rasullah s.a.w amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini adalah untuk tujuan kesihatan. Rasulullah s.a.w juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah: 1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 2. Mencuci perut 3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah s.a.w suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas. Sabda Nabi s.a.w.: “Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya” Rasulullah s.a.w sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong. Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk.
6. Tembikai (Watermelon)
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah r.a pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Nabi Muhammad s.a.w juga berkata wanita yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya jika mengamalkan memakan tembikai.
7. Susu Kambing (Goat’s Milk)
Rasulullah s.a.w berkata bahawa susu dari kamu dari haba dari jantung seperti jari dari kamu peluh dari dahi. Mengikut kajian, khasiat susu kambing ialah ianya membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia, menguatkan tulang, meningkatkan otak, memperbaharui visi dan memandu dari kealpaan. Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”
8. Cendawan (Mushroom)
Cendawan bukan saja sejenis makanan yang enak, malahan cendawan mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan, ia dikatakan dapat meningkatkan sistem imun badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan allergik dan radang. Rasulullah s.a.w berkata, cendawan adalah penawar yang baik untuk mata, ia juga berfungsi sebagai satu bentuk kawalan kelahiran dan lumpuh tangkapan. Dari Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sangat istimewa) dan dapat mengubati mata”
9. Minyak Zaitun (Olive Oil)
Mengikut kajian, minyak zaitun dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. Ia juga sangat baik untuk rawatan kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut. Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda s.a.w sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
10. Delima (Pomegranate)
Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan khasiat delima iaitu ianya sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah. Rasulullah s.a.w berkata ia membersihkan anda Iblis dan aspirasi jahat selama 40 hari. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman: “Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”
11. Cuka Epal (Apple Vinegar)
Cuka epal mengandungi pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan bagi masyarakat Greek. Cuka epal adalah cuka yang terhasil daripada proses farmentasi buah epal. Khasiat cuka epal ialah ianya dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubati penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress. Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti. Sabdanya: “Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku”
12. Air
Rasulullah s.a.w berkata minuman yang terbaik di dunia ini adalah air Aisyah r.a meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w suka minuman manis dan sejuk” Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut: “Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk” Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
13. Labu
Kadang kala Rasulullah s.a.w makan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan: “Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus a.s” Aishah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka”. Daripada Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ”. Selain kurma, Nabi juga menggemari labu. Labu dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh badan, terutamanya bagi pesakit rabun malam dan diabetik. Ia juga berkhasiat bagi mengawal nafsu makan, merawat maslah kecacingan dan mencegah pembentukan batu karang.
madu antara makanan yang terdapat dalam alquran.
Suka Madu, Buah Delima dan Kurma. Sedap dimakan bila bila masa.