Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (atau Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
01 – Empat jenis di hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
02 – Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.
03 – Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
04 – Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
05 – Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.
06 – Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.
07 – Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua. Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak disebutkan di atas. Walaubagaimanapun, dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.
Senarai Dosa Besar Dalam Islam
01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 – Bersaksi palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 – Berdebat dan memusuhi
10 – Bersifat dayus
11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta nama Allah dan rasulnya
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 – Hakim derhaka
16 – Homosek (seagama/sejenis)
17 – Mengurangi timbangan
18 – Lari seorang hamba dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 – Makan dari kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 – Makan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melalukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Menyebut-nyebut pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) dan Tidak menutup aurat bagi wanita
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Menjadi bapa sanggup
50 – Mencari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 – Riak dan mempamerkan diri
61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 – Tidak istinjak selepas kencing
68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa, tidak mendengar cakap dan tidak taat suami bagi wanita
69 – Tipu daya
70 – Wanita menyerupai lelaki
Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan jumlah dosa besar itu berlainan jumlahnya bergantung kepada waktu dan situasinya. Oleh kerana itu para ulama sepakat mengatakan bahawa tidak ada angka pasti perihal jenis dan bilangan dosa-dosa besar. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
Aku beritahu kepadamu tiga jenis dosa yang paling besar, yakni: Mengada-adakan sekutu bagi Allah s.w.t., tidak patuh kepada kedua orang tuamu, dan memberikan kesaksian palsu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda,
Menyekutukan Allah s.w.t., membunuh orang lain tanpa alasan kuat, menyalah-gunakan harta anak yatim, melakukan riba, melarikan diri dari pertempuran, melemparkan tuduhan (memfitnah) kepada perempuan-perempuan solehah, tidak taat kepada ibubapa, dan tidak menghormati Baitullah, semua itu termasuk dalam kelompok dosa besar.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ada melakukan dosa besar, segeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.
Semoga taubat kita diterima oleh Allah. Aamiin.