Berikut adalah bacaan semasa duduk di antara dua sujud dalam solat. Hukum bacaannya adalah sunat. Jika meninggalkannya masih sah solat. Kenapa? Kerana membaca bacaan duduk antara dua sujud bukanlah rukun solat atau syarat sah sembahyang. Yang termasuk rukun solat adalah duduknya, bukan bacaannya.
Bacaan Semasa Duduk Di Antara Dua Sujud (Jawi)
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Bacaan Semasa Duduk Di Antara Dua Sujud (Rumi)
ROBBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA’NII WARZUQNII WAHDINII WA’AAFINII WA’FU ‘ANNII
Ertinya : Ya Allah, ampunilah dosaku, kasihanilah aku, tutuplah segala kekuranganku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, berilah kesihatan kepadaku dan berilah keampunan kepadaku