Bahan-bahan Telur Bungkus
- 2 biji telur
- 1/2 cawan daging kisar (atau boleh gantikan dengan ayam)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- kacang buncis (dipotong-potong)
- lobak merah (dipotong memanjang)
- serbuk lada hitam atau lada sulah
- sedikit sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit garam
Cara Membuat Inti Telur Bungkus
- Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan sedikit layu.
- Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam / lada sulah. Kemudian masak sebentar sehingga sekata.
- Masukkan semua bahan seperti kacang buncis, lobak merah, sos tiram, sos cili, air dan garam kemudian kacau sehingga rata.
- Bila inti terlalu kering boleh tambahkan air secukupnya.
- Apabila masak, ketepikan dahulu.
Cara Memasak Telur Bungkus
- Pukul 2 biji telur dengan sedikit garam.
- Panaskan kuali dan tebarkan telur sehingga rata dalam kuali. Tebaran telur tidak perlu tebal sangat, jika tidak permukaan atasnya tidak masak dan telur mungkin berbau hanyir nanti.
- Gunakan api kecil ketika memasak telur.
- Tips supaya telur menjadi bulatan besar dan tipis ialah dengan pusing-pusingkan kuali hingga semua telur tadi menjadi rata.
- Biar telur tu masak sehingga lekang sedikit daripada kuali. Anda tak perlu terbalikkan telur itu.
- Padamkan api dan letak inti telur bungkus yang disediakan sebentar tadi di tengah-tengah dan bungkus.
- Bila sudah siap, letak pinggan leper atas kuali dan terbalikkan kuali. Ini bagi mengelakkan isi telur bungkus itu tak terburai bila terletak dalam pinggan.
- Akhir sekali, letakan hiasan yang bersesuaian dengan sesuai selera anda.