Menurut portal hiburan hanasuva.com, Vivy Yusof adalah antara Selebriti Malaysia Berhijab Paling Bergaya. Siapa sebenarnya Vivy Yusof?
Bermula dengan minat yang mendalam terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang belajar di sana, Vivy Yusof memilih perniagaan fesyen dengan mengasaskan laman web FashionValet.com (FV) iaitu sebuah laman web yang menjual hasil kerja pereka tempatan secara online.
Beliau bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya dan angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di Malaysia lagi pada ketika itu.
Kini perniagaan mereka terus berkembang dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai lagi.
Biodata Penuh Vivy Yusof
- Nama Penuh: Vivy Sofinas Binti Yusof
- Nama Popular: Vivy Yusof
- Jawatan: Pengarah Urusan FashionValet.com dan The dUCk Group
- Asal: Kajang, Selangor
- Umur: 29 tahun (2016)
- Tarikh Lahir: 11 Disember 1987
- Agama: Islam
- Warganegara: Malaysia
- Adik beradik: Anak bongsu dari dua beradik
- Status: Berkahwin dan memiliki 2 anak
- Hobi: Menulis blog, melancong
- Pendidikan: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
- Makanan Kegemaran: Daging panggang
- Jenama Fesyen Kegemaran: Topshop dan Zara
- Impian: Membuka syarikat berasaskan hartanah
Media Sosial Vivy Yusof
- Blog: http://www.proudduck.com
- Instagram: https://www.instagram.com/vivyyusof
- Twitter: https://twitter.com/vivyyusof
- Email: [email protected]