Biodata Heliza Helmi
- Nama Penuh: Nur Heliza binti Helmi
- Nama Popular: Heliza Helmi
- Nama Panggilan Manja : Ija
- Tarikh Lahir: 3 Februari 1986
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Umur: 30 tahun
- Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
- Kerjaya: Penyanyi, Model, Pengacara TV, Penceramah, Pakar Motivasi, Aktivis Kemanusiaan, Pelakon dan Pengarah Urusan Heliza Helmi Productions Sdn Bhd (HHP)
- Hobi: Menyanyi dan membeli-belah
- Perwatakan: Pendiam namun petah apabila berkata-kata
- Pendidikan: Ijazah Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau pernah mendapat anugerah dekan di Universiti.
- Pencapaian: Tempat keempat AF5, Duta Astro Oasis (saluran l06), Finalis Pelakon Wanita
- Filem: Syurga Cinta
- Idola: Siti Nurhaliza
Media Sosial Heliza Helmi
- Instagram: https://www.instagram.com/nurhelizahelmi
- Twitter: https://twitter.com/helizahelmi
- Facebook: https://www.facebook.com/helizahelmi/
Fakta Menarik Tentang Heliza Helmi
- Heliza Helmi adalah anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak sementara ibunya pula, Latifah binti Muhammad berasal dari Terengganu.
- Heliza Helmi sangat meminati bidang pengacaraan dan motivasi khususnya kepada golongan remaja. Bagi merealisasikan matlamat itu, beliau telah mendapat pensijilan dari Professional Learning Facilitator dan Certified Professional Image Consultant (CPIC).
- Ramai yang tidak tahu sebenarnya Heliza Helmi mengalami masalah rabun dan terpaksa menggunakan kanta lekap (contact lens) bagi mengatasi masalah tersebut.
- Heliza Helmi adalah seorang artis yang kuat memperjuangkan isu ummat Islam. Ini terbukti apabila beliau sendiri pernah ke Gaza, Palestin pada tahun 2012 bagi membantu dan melihat sendiri kesusahan umat Islam di sana.
- Heliza Helmi juga telah dilantik sebagai duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi.
Rujukan: Wikipedia
Kaq ija sungguh cantik…baik kerana membantu org yg dlm kesusahan..sye doakan akaq dicucuri rahmat oleh Allah