Langgan newsletter kami!

Dota 2 Ialah Game Paling Popular Di Dunia

Pengaruh Dota

Setiap genre computer games pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan DotA atau nama penuhnya Defense of the Ancients. Pasti ramai di kalangan kita yang pernah bermain permainan ini. Ciri-ciri permainan yang menarik dan addicted ini sekaligus mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan kaki gamers. Apa yang jelas, genre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) adalah antara yang paling popular dalam kalangan remaja bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Laporan yang dikeluarkan oleh GameSpot mendapati lebih sejuta pemain Dota 2 aktif pada 15 Februari lalu di aplikasi Steam. Pencapaian ini menobatkan Dota 2 sebagai game paling popular di Steam dan yang pertama dalam landasan itu yang berjaya mencecah angka sejuta pemain dalam sehari.

Difahamkan, kejayaan Dota 2 diiktiraf sebagai game paling berpengaruh di dunia hari ini banyak sekali dipengaruhi oleh populariti yang diraih oleh versi pertama Dota. Game ini pertama kalinya diperkenalkan di dunia pada 2003 yang lalu merangkumi pelbagai corak permainan menarik seperti konsep perlawanan berulang sekali gus berjaya memukau perhatian semua orang. Dota (versi pertama) sebenarnya dimainkan menggunakan platform Warcraft (Warcraft III: Reign of Chaos dan sambungannya The Frozen Throne) keluaran Blizzard Entertainment. Namun setelah ramai pemain berkecimpung dalam game ini, Valve Corporation dengan pereka asal Dota iaitu IceFrog berusaha mendapatkan hak milik untuk memajukan versi pertama Dota dan akhirnya berjaya mengeluarkan sekuel kedua iaitu Dota 2 pada 2013 yang mempunyai pelbagai pembaharuan dari segi grafik, konsep permainan dan sebagainya.

Dota 2 Logo

Konsep Dota 2

Secara ringkasnya, konsep permainan Dota 2 berkisarkan pada kebijaksanaan pemain mengawal satu daripada 110 hero untuk memusnahkan ‘Artifak Purba’ musuh di dalam perlawanan lima lawan lima. Hero yang dikawal pemain bermula dari level pertama dan boleh ditingkatkan melalui pertempuran bersama pihak lawan hingga mencapai level ke-25.

Untuk setiap peringkat, hero pemain diberi akses kepada set kuasa baru malah kekuatan hero akan bertambah. Perlu diketahui, setiap satu hero dalam Dota 2 mempunyai teknik pertempuran berbeza bergantung ciri utama iaitu kekuatan (strength), ketangkasan (agility) dan kecerdasan (intelligent). Setiap perlawanan Dota 2 bertempat di peta bentuk simetri merangkumi dua buah puak yang sering bertelagah, Radiant dan Dire. Puak Radiant bertempat di barat daya peta manakala Dire pula terletak di sudut timur laut. Di tengah peta wujud pula sungai yang membahagikan kawasan antara Radiant dan Dire.

Selain itu, Dota 2 mempunyai sistem lorong yang menghubungkan Radiant dan Dire demi mewujudkan persaingan antara kedua belah pihak. Umumnya, lorong terbahagi kepada tiga dan setiap darinya dijaga oleh menara pertahanan dan juga raksasa kecil dipanggil ‘creeps’ yang muncul dalam bentuk kumpulan dan menyerang sesiapa saja yang mereka hadapi.

Terdapat juga sekumpulan raksasa digelar ‘neutral creeps’ yang tidak memihak pada sesiapa dan muncul dalam kawasan hutan saja. Roshan pula adalah ketua raksasa dalam Dota 2 dan lebih kuat berbanding yang lain malah beberapa hero perlu berkerjasama untuk mengalahkannya.
Selepas saja mati, Roshan akan menjatuhkan artifak berharga iaitu ‘Aegis of the Immortal’ yang membolehkan pemain hidup kembali selepas mati dibunuh.

Menariknya, Dota 2 mempunyai sistem barang yang boleh disimpan dalam inventori. Namun hanya enam barang sahaja boleh disimpan oleh pemain dalam sesuatu masa. Uniknya, setiap barang yang dipakai oleh pemain memberikan pelbagai kelebihan berbeza seperti menambahkan kekuatan karakter ataupun memberi akses kepada kuasa istimewa.

Barang ini hanya boleh dibeli menggunakan sejenis mata wang iaitu gold. Gold pula boleh diperolehi apabila pemain membunuh raksasa kecil. Namun, jumlah gold yang banyak hanya diperoleh apabila hero berjaya dibunuh. Setiap pemain dalam kumpulan akan memperoleh gold apabila Roshan dikalahkan ataupun menara pertahanan lawan dihancurkan. Proses untuk mendapatkan gold ini biasanya dipanggil ‘farming’.
Akhir sekali, ‘denying’ adalah satu fungsi khas yang hanya didapati dalam Dota dan Dota 2 di mana pemain boleh menghalang musuh mendapat gold dan ‘experience’ dengan membunuh raksasa kecil atau menjatuhkan menara pertahanan dari pihak mereka sendiri.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: