Langgan newsletter kami!
Murid Sekolah Sambut Merdeka

Menanam Semangat Kemerdekaan di Sekolah

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu orang muda yang jarang nampaknya ingin peduli mengenai kemerdekaan negara mereka. Lagi-lagi di Malaysia ini, kadang tidak ternampak kelibat murid di sekolah benar-benar bersemangat merdeka.

Keluarga sepatutnya menyambut Hari Kemerdekaan untuk menunjukkan semangat patriotik. Keluarga boleh juga mengajak rakan dan saudara mara untuk bersama meraikan Hari Kebangsaan. Selain itu, sekolah pun mempunyai peranan dalam langkah-langkah menyemai semangat kemerdekaan.

Sekolah haruslah mengadakan pertandingan bertemakan kemerdekaan supaya murid-murid berminat dalam Hari Kemerdekaan. Contohnya, deklamasi sajak, pertandingan tarian melibatkan pelbagai jenis tarian dari pelbagai kaum dan lain-lain.

Seterusnya, negara haruslah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan supaya masyarakat kekal berminat dalam Hari Kebangsaan. Masyarakat boleh mengadakan kempen, pertandingan dan deklamasi sajak yang bertemakan kemerdekaan sepanjang bulan Ogos.

Yang terakhir sekali, kepedulian terhadap berita negara Malaysia juga suatu kemestian. Daripada kepedulian inilah, kita lebih peka dan sensitif terhadap isu yang melibatkan negara kita sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Perkongsian berita antara guru dan murid juga harus dilakukan agar jurang informasi itu dirapatkan tanpa mengira status sosioekonomi pelajar. Status sosioekonomi pelajar (dan keluarga) boleh menjadi kayu ukur kebolehcapaian mereka terhadap informasi baharu khususnya apabila acapkali dicapai secara atas talian.

Cho Zhi Cheng
Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Azhan.co

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: