Langgan newsletter kami!
Forex Wallpaper

Leverage dalam Forex – Bagaimana Ia Berfungsi

Saya berharap anda boleh meneka apa yang akan saya bincangkan dengan membaca tajuk “leverage dalam forex“. Ya, saya akan membincangkan cara-cara pintar untuk menggunakan leverage dalam forex serta kebaikan dan keburukan leverage dalam perdagangan forex.

Jadi, tanpa membuang masa apa itu leverage dalam forex trading?

Leverage dalam forex adalah seperti “pinjaman” yang mana broker memberikannya kepada peniaga ataupun disebut sebagai trader agar trader mempunyai lebih banyak modal untuk berdagang daripada apa yang dia pada mulanya depositkan. Atau dengan kata lain, leverage dalam forex adalah daya dalam perdagangan yang membolehkan peniaga untuk membesarkan saiz transaksi yang seterusnya akan membuat lebih banyak keuntungan daripada setiap transaksi.

Leverage nampaknya begitu menarik kepada banyak trader baru kerana mereka biasanya memilih peluang leverage tertinggi yang ditawarkan dalam pasaran sebagai salah satu cara meminimumkan perbelanjaan mereka. Namun demikian, ia adalah lebih baik untuk mendapat kefahaman dan membiasakan diri dengan apa itu leverage serta bagaimana ia berfungsi sebelum membuat keputusan untuk memilih broker yang menawarkan leverage yang paling menarik.

Bagaimanakah Leverage Berfungsi dalam Perdagangan Forex?

Leverage dalam forex berkesan hanya sebagai pinjaman jangka pendek. Leverage dalam forex bukanlah pinjaman secara fizikal – Ia hanya talian kredit automatik yang dilanjutkan oleh broker anda berkenaan dengan perdagangan forex anda. Ini biasanya akan terdiri daripada tahap wang keselamatan, yang dikenali sebagai margin, yang biasanya merangkumi nisbah tertentu perdagangan, dengan bakinya menjadi pembiayaan leverage.

Daripada berurus niaga pada 100% modal terdedah anda, seperti yang selalu berlaku apabila berdagang 1:1, leverage membolehkan perdagangan kepada beribu-ribu peratus daripada modal terdedah anda, pada proviso bahawa anda mengembalikan bahagian leverage apabila urus niaga ditutup.

Bergantung kepada broker yang anda gunakan, ada broker menawarkan leverage 1:50, sementara ada juga broker yang menawarkan leverage setinggi 1:2000 malahan ada yang sampai 1:3000 bergantung kepada promosi dan pemasaran broker masing-masing.

Kita guna contoh yang sama jumlah modal kita adalah $1,000 tetapi kali ini kita menggunakan leverage 1:100. Ini bermaksud yang kita boleh membuka posisi trading kita 100 kali ganda dengan apa modal permulaan kita.

Dalam contoh ini $1000 x 100 = $100,000

Kelebihan Leverage dalam Forex

1. Meningkatkan Keuntungan

Dengan menggunakan jumlah modal yang sama tetapi dengan bantuan leverage, anda akan mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Ini kerana anda mendapat kuasa trade yang berlipat kali ganda dan anda boleh trade lebih banyak dan membuka posisi trade yang bersaiz lebih besar.

2. Meningkatkan Kecekapan Modal

Dengan dagangan yang mempunyai leverage, anda boleh menjana lebih banyak keuntungan dalam masa yang lebih singkat. Sebagai contoh, anda memerlukan mengambil 50 trade yang menguntungkan untuk menjana keuntungan $5 tanpa leverage. Tetapi, dengan trade ber-leverage, anda boleh memperoleh keuntungan $5 dengan hanya satu trade sahaja. Menarik kan?

Kelemahan Leverage dalam Forex

1. Kerugian Lebih Berat

Sepertimana kuasa laverage dapat menjana dan meningkatkan keuntungan, begitu juga dengan kerugian. Berdagang modal menggunakan leverage akan mendedahkan anda kepada risiko yang lebih tinggi. Leverage akan memberikan anda potensi keuntungan dan risiko kerugian yang lebih tinggi pada masa yang sama. Bagi trader yang baru, kebanyakan mereka terlalu memikirkan tentang keuntungan sehingga mengabaikan perkara asas yang disebut sebagai “money management” (MM).

2. Risiko Panggilan Margin (Margin Call)

Margin dalam forex bermaksud jumlah baki yang diperlukan untuk membuka posisi trade atau untuk mengekalkan posisi trade yang sedia ada. Margin Call atau juga dikenali sebagai MC adalah langkah daripada pihak broker untuk memastikan akaun trader tidak menjadi negative disebabkan baki di dalam akaun tidak mencukupi untuk membuka posisi trade yang baharu atau untuk mengekalkan posisi trade yang sedang dibuka.

Kebiasaannya punca utama kenapa margin call berlaku adalah apabila trader menggunakan leverage yang terlalu tinggi namun mengabaikan perkara yang berkaitan money management. Kebanyakan trader terutamanya trader baru dan kurang berpengalaman akan menggunakan leverage yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, terdapat baik dan buruk tentang penggunaan leverage dalam forex. Apa yang penting setiap trader perlu betul-betul faham akan risiko yang akan mereka hadapi dengan penggunaan leverage ini. Tidak hanya mengambil kira berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi tetapi ia perlulah disesuaikan dengan tahap pengurusan kewangan yang bersesuaian. Jangan jadi seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: