Langgan newsletter kami!
Drama Angkara Cinta (Astro Prima)

Drama Angkara Cinta (Astro Prima)

Sebuah drama bersiri panjang 70 episod berjudul ‘Angkara Cinta‘ akan disiarkan melalui Slot Tiara, Astro Prima bermula 2 November 2020. Waktu siarannya adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.

Drama yang diadaptasi daripada Telenovela Filipina iaitu Tayong Dalawa ini diarahkan oleh Hadith Omar dan menampilkan ramai pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren dan ramai lagi. Ia diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 70 episod
  • Tarikh Tayangan: 2 November 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
  • Stesen TV: Astro Prima & Prima HD (Slot Tiara)
  • Penulis Skrip: Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish

Watak Pelakon

  • Hun Haqeem sebagai Luqman
  • Meerqeen sebagai Haqeem
  • Wanna Ali sebagai Adira
  • Yuna Rahim sebagai Jijie
  • Syazwan Zulkifly sebagai Remy
  • Azhar Amir sebagai Razlan
  • Nina Juren sebagai Mariani
  • Sharifah Shahora sebagai Indah
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
  • Ku Faridah sebagai Puan Liza
  • Alif Muhaimin sebagai Dino
  • Nur Auni Zahra sebagai Adira
  • Syed Irfan sebagai Luqman
  • Gen Darwish sebagai Haqeem

Lagu Tema / OST Angkara Cinta

  • Lagu: Angkara
    Penyanyi: Siti Nordiana
    Komposer: Sharon Paul
    Lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias

Sinopsis Angkara Cinta

Drama ini mengisahkan tentang dua orang yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit dengan kemiskinan. Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan berjaya ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua tanpa mengetahui hakikat sebenar yang mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak iaitu Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran. Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati oleh Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: