Sebuah lagi telefilem menarik bakal ditayangkan di Astro Ria & Ria HD serta Astro Citra & Citra HD berjudul ‘6 Hari’. Menariknya, telefilem arahan Yusry KRU ini dihasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana rakyat Malaysia semua sedang bertarung melawan penyebaran virus Covid-19.
Tarikh tayangannya dijadualkan pada Sabtu, 13 Jun 2020 jam 9.00 hingga 11.00 malam. Telefilem ini dibintangi oleh pengarah sendiri, Yusry Abdul Halim di samping isteri Lisa Surihani, Neelofa dan Dato Aaron Aziz. Jom sama-sama kita saksikan kisah menarik yang dipaparkan dalam telefilem ini nanti.
Info Telefilem
- Tarikh Tayangan: 13 Jun 2020 (Sabtu)
- Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
- Stesen TV: Astro Ria & Ria HD / Citra & Citra HD
- Pengarah: Yusry Abdul Halim
- Pelakon: Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Neelofa, Dato Aaron Aziz
Watak Pelakon
- Lisa Surihani sebagai Suzi
- Aaron Aziz sebagai Ismal
- Yusry Abdul Halim sebagai Faizal
Sinopsis Telefilem 6 Hari
Mengisahkan tentang Suzi yang merupakan isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal. Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan baik-baik sahaja dan normal sehinggalah satu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal datang mengetuk pintu. Apakah kesudahan kisah ini?