Mesti anda merasa rimas jika tiba-tiba kelopak mata asyik bergerak-gerak tanpa sebab. Dan perasaan risau atau tidak sedap hati akan menghantui anda. Apakah makna atau petanda di sebalik kelopak mata kiri begerak-gerak?
Kata Orang Tua-tua
“Kalau yang bergerak itu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal, kalau sebelah kiri, ada saudara sebelah mak pula yang meninggal”
Dan “kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”.
Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.
Ada banyak versi dan pandangan orang dulu-dulu tentang perkara ini.
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – Nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik.
- Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – Akan mendapat berita gembira.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – Seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita.
- Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – Akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Angota Lain Yang Bergerak
- Alis kiri – akan mendapat wang.
- Kelopak mata kanan d iatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
- Kelopak mata kanan di bawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
- Kelopak mata kiri di atas bergerak – akan mendapat kebaikan.
- Kelopak mata kiri di bawah bergerak – hendak menangis.
- Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
- Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
- Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
- Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
- Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Sememangnya jika diperhatikan, banyak versi dan pendapat yang mungkin lebih kurang sama sahaja maksudnya. Semuanya terpulang kepada anda sendiri sama ada untuk mempercayainya ataupun tidak. Mungkin kesimpulan ini adalah pengalaman orang tua-tua zaman dahulu yang lebih banyak pengalaman. Bak kata pepatah, orang yang lebih tua lebih banyak makan garam berbanding kita yang muda-muda ini.
Mungkin juga kelopak mata bergerak disebabkan punca-punca yng lain seperti mata letih? Boleh jadi kalau mata kita ini selalu berkedip, maknanya mata kita terlalu letih. Kadang-kadang perkara ini berlaku apabila terlalu kerap mengadap komputer.
Kajian Sains Tentang Kelopak Mata Bergerak-gerak
Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah “myokymia”. Berdasarkan kata-kata pakar, masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah. Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, keletihan atau fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety atau depression juga boleh menyumbang kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Di samping itu, faktor personaliti juga salah satu penyumbang kepada perkara ini.
Diharap artikel ini bermanfaat untuk kita semua dan setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ingatlah, kita hanya mampu merancang namun Allah jualah yang menentukan segalanya. Wallahu a’lam.