Bagi pencinta kek, nama Secret Recipe bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Jika ditanya di manakah kek paling sedap dan berbaloi dibeli tentulah anda hanya akan terbayangkan satu tempat sahaja – Secret Recipe. Malahan kafe berasaskan kopi terkenal seperti McCafe juga ada menghidangkan menu kek dari Secret Resepi ini. Jadi, di sini kami akan berikan anda senarai menu beserta harga kek Secret Recipe sebagai panduan buat anda.
Tentu sekali anda pernah menghadiri acara atau majlis di pejabat mahupun di sekolah seperti majlis perpisahan, majlis sambutan harijadi, majlis persaraan dan sebagainya yang memerlukan kek sebagai penyeri majlis. Tidak akan jadi majlis sambutan birthday jika tiada kek. Betul tak?
Jika anda tinggal di kawasan bandar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur (KL) atau Petaling Jaya (PJ), mungkin anda boleh memesannya melalui perkhidmatan Secret Recipe Delivery yang dilihat semakin praktikal dan mula mendapat sambutan. Tetapi jika tempat tinggal anda di luar ‘coverage’, anda boleh gunakan perkhidmatan delivery dari Foodpanda ataupun GrabFood yang mempunyai lebih banyak kawasan litupan.
Harga Kek Secret Recipe Terkini
Ok berbalik semula kepada topik asal, berikut adalah senarai menu dan juga harga kek Secret Recipe yang terkini. Harga ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan harga di premis itu sendiri. Jika anda selalu berkunjung ke sini, Secret Recipe mungkin akan menawarkan promosi dari semasa ke semasa dan tentunya harga akan lebih menarik dan lebih murah.
Harga Cakes Secret Recipe Chocolate
Cakes Menu | Harga (Sebiji Kek) |
Moist Chocolate Cake | RM98.00 |
Chocolate Fudge | RM98.00 |
Chocolate Banana | RM98.00 |
Chocolate Indulgence | RM98.00 |
Signature Tiramisu | RM98.00 |
Chocolate Brulee | RM130.00 |
Durian Fromage | RM130.00 |
Chocolate Odyssey | RM130.00 |
Chocolate Strawberry | RM130.00 |
Absolute Durian | RM130.00 |
Chocolate Chip Walnut | RM98.00 |
White Chocolate Macadamia | RM98.00 |
Premium Black Forest | RM130.00 |
Absolute Chocolate | RM130.00 |
FruitiLicious | RM130.00 |
Choc Mud Cake | RM98.00 |
Toffee Banana | RM98.00 |
Harga Cakes Secret Recipe Cheese
Cakes Menu | Harga (Sebiji Kek) |
Yogurt Cheese | RM98.00 |
Raspberry Cheese | RM98.00 |
New York Cheese | RM98.00 |
Cappuccino Cheese | RM98.00 |
Wild Blueberry Cheese | RM98.00 |
Hi-Fibre Cream Cheese | RM98.00 |
Crème Brûlée Cheese | RM98.00 |
Choc Cheese Berries | RM98.00 |
Hokkaido Triple Cheese | RM130.00 |
Butterfly Pea Lemon Cheese | RM98.00 |
Oreo Cheese | RM98.00 |
Chocolate Cheese | RM98.00 |
Marble Cheese | RM98.00 |
The Red Velvet | RM130.00 |
Choc Cheese Berries | RM98.00 |
Cheeze Chocolate | RM98.00 |
Salted Caramel Macadamia Cheese | RM130.00 |
Cakes Secret Recipe Delivery
Cakes Menu | Harga |
Brownies Walnut (20 Slices Per Tray) |
RM158.00 |
Carrot Slice (20 Slices Per Tray) |
RM158.00 |
American Brownies (20 Slices Per Tray) |
RM158.00 |
Chocolat Au Lait | RM70.00 |
Red Velvet Supreme | RM70.00 |
Classic Tiramisu | RM70.00 |
Boston Chocolate | RM70.00 |
White Chocolate Gateau | RM70.00 |
Anda boleh memilih mana-mana menu yang anda mahu dan sesuaikannya dengan bajet anda. Untuk makluman, kek Secret Recipe juga dijual secara ‘slices’ atau sepotong dan tentunya harganya lebih murah daripada anda membeli sebiji kek. Ramai juga pelanggan yang datang bukan hendak membeli sebiji kek tetapi hanya ingin merasa sepotong sahaja. Kadang-kadang kita pun tidak tahu mana kek yang lebih sesuai dengan selera. Bentuk luaran kek yang cantik bukan jaminan ianya sesuai dengan tekak kita.
Review Kek Secret Recipe Paling Sedap
Jika soalan yang ditanya, apakah menu kek paling sedap? Tentu sekali akan ada jawapan yang berbeza. Ini kerana ‘taste’ dan citarasa setiap orang tidak mungkin sama. Ada orang yang lebih gemarkan kek berasaskan coklat namun begitu ramai juga yang lebih ‘prefer’ kek yang rasanya berkeju, lemak dan berkrim.
Tetapi sebagai panduan, antara menu kek paling sedap dan paling popular di Secret Recipe adalah Chocolate Indulgence dan Chocolate Cheese. Jika anda penggemar durian, boleh cuba kek Durian Fromage ataupun Absolute Durian.
Apa-apapun pilihan adalah di tangan anda sendiri. Jika anda mampu ataupun anda adalah penggemar kek tegar, silakan cuba semua menu kek di sini dan berikan sedikit komen di bawah sebagai panduan untuk pembaca yang lain. Bye!