Menu keli masak sambal hijau sememangnya antara lauk makan tengah hari yang popular di kedai makan dan restoren Malaysia. Masakan sambal hijau yang dikhabarkan berasal dari negeri Johor ini sangat digemari ramai. Tahap kepedasannya sememangnya lebih menyengat berbanding masakan pedas yang lain seperti masak merah kerana ia menggunakan cili atau lada hijau. Jadi, di sini saya ingin berkongsi Resepi Ikan Keli Masak Sambal Hijau yang telah terbukti sedap. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri resepi keli berlado di bawah ini. Sangat simple, mudah dan sedap!
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 4 ekor ikan keli – dilumur dan dibasuh dengan air asam terlebih dahulu untuk menghilangkan bau hanyir ikan
- 2 biji bawang besar – dihiris bulat
- 2 keping asam keping
- 1 sudu gula secukup rasa
- 1 cubit garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan Kisar
- 2 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 1 genggam cili padi – mengikut citarasa dan tahap kepedasan yang diinginkan
Cara Memasak Ikan Keli Masak Sambal Hijau
- Gaulkan ikan keli dengan kunyit dan sedikit garam.
- Ambil kuali, masukkan minyak dan goreng ikan sehingga masak.
- Kemudian angkat dan ketepikan.
- Kisar halus bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan cili padi dengan sedikit air.
- Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kesemua bahan kisar hingga pecah minyak dan berbau wangi.
- Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga sebati.
- Tunggu sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan keli yang telah siap digoreng tadi.
- Masukkan juga bawang yang telah dihiris bulat.
- Masak sehingga bawang menjadi sedikit layu dan lembut.
- Gaul hingga rata dan siap.
Mudah saja bukan? Bahan-bahan yang digunakan pun tidak terlalu rumit dan mudah disediakan. Sekarang anda boleh nikmatinya bersama nasi putih panas-panas!
Jadi, setakat itu saja perkongsian kali ini. Selain ikan keli, resepi ini juga sesuai dipadankan dengan lauk lain seperti ayam masak sambal hijau, ikan bilis dan bawal. Selamat mencuba!
Sumber: Sedap Food
Bagaimana cara memilih ikan keli yang segar untuk diolah menjadi hidangan ini?