Langgan newsletter kami!
Cara Masak Mee Goreng Yang Sedap

Cara Masak Mee Goreng, Mudah dan Sedap!

Mee goreng ataupun Malaysian stir-fried noodles adalah salah satu hidangan yang sangat sesuai dimakan waktu sarapan. Malahan ia sangat popular kerana penyediaan bahan memasaknya adalah sangat mudah, simple dan cepat disediakan. Menu ini sememangnya antara hidangan popular bagi rakyat Malaysia dan boleh didapati di mana-mana sahaja seperti di pasar malam, medan selera, food court, kedai makan tepi jalan ataupun restoren. Jadi di sini, kami ingin berkongsi cara memasak mee goreng supaya anda dapat menyediakannya sendiri di rumah.

Secara asasnya, bahan utama bagi mie goreng adalah mee kuning yang berbentuk sedikit tebal dan panjang. Kalau mee yang halus itu dipanggil bihun. Jangan pula ada yang tertukar. Mee kuning bersaiz 400-500 gram seperti jenama Gardenia boleh didapati dengan mudah di pasaraya mahupun kedai runcit dan berharga sekitar RM1.50 se-paket.

Bahan-bahan Resepi Mee Goreng

Bahan Kisar

  • 1 sudu setengah atau 2 sudu makan cili giling / cili kisar / cili boh (bergantung pada tahap kepedasan yang anda inginkan)
  • 2 biji bawang merah kecil – dipotong / dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih – dipotong / dikisar halus

Bahan Lain

  • 1 paket mee kuning (bersaiz 400 – 500 gram)
  • 300 gram daging dihiris nipis / isi ayam dipotong kecil
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Sayur sawi, taugeh dan kucai (isi kesukaan anda)
  • Minyak untuk menumis
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • 1 sudu bawang goreng
  • Sedikit limau nipis

Cara Masak Mee Goreng

  1. Ambil kuali dan panaskan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali.
  3. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan pula cili giling. Gunakan api yang sederhana kecil.
  5. Selepas itu masukkan pula daging yang dihiris nipis atau isi ayam yang dipotong kecil. Anda juga boleh memasukkan lauk lain kegemaran anda seperti sotong, udang ataupun kerang.
  6. Biarkan seketika sehingga masak.
  7. Akhir sekali tambah sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap pekat.
  8. Sesuaikan rasa terlebih dahulu jika erlebih atau terkurang.
  9. Masukkan tomato yang dibelah empat jika suka.
  10. Apabila cukup rasa dan lauk daging atau ayam telah masak, masukkan pula mee kuning yang telah siap ditos.
  11. Kacau hingga semua bahagian mee disaluti sebati.
  12. Akhir sekali, masukkan sayur pilihan sama ada sawi, kucai, taugeh serta hirisan cili.
  13. Masak sehingga sayur sedikit layu.
  14. Mee goreng siap untuk dihidang!

Sebelum menghidang taburkan bawang goreng, hirisan daun bawang dan hirisan cili merah di atas masakan. Ia agar mee goreng kita lebih nampak lebih ‘presentable’ dan menarik untuk dijamah. Untuk lebih sedap, perah sedikit asam limau dan makan bersama cili jeruk. Jangan lupa tambah telur mata agar lebih variasi. Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: