Langgan newsletter kami!
Resepi Ikan Tiga Rasa Mudah

Resepi Ikan Tiga Rasa Mudah

Untuk artikel kali ini, saya akan menunjukkan resepi ikan tiga rasa mudah. Ia sangat sesuai disediakan untuk wanita yang bekerjaya dan mereka yang tidak punya banyak masa untuk menyediakan masakan yang remeh namun tetap sedap apabila dimakan. Jadi masa yang berlebihan boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih penting ataupun meluangkan lebih masa bersama anak-anak, suami dan keluarga.

Penyediaan resepi ini boleh menggunakan apa-apa jenis ikan yang anda sukai namun kebiasaannya ikan yang popular dan ‘ngam’ adalah siakap dan bawal. Jom kita semak resepi ikan 3 rasa yang tersangat simple ini.

Bahan-bahan Goreng Ikan

  • 1 atau 2 ekor ikan siakap / bawal
  • Tepung goreng rangup serbaguna cap Bestari perisa pedas
    (Sedikit tips, setelah mencuba pelbagai jenama tepung menggoreng, tepung jenama Bestari perisa pedas paling sesuai dan paling sedap untuk resepi ikan masak tiga rasa)

Cara Menggoreng Ikan

  1. Lumur tepung pada ikan sehingga rata semua bahagian. Tidak perlu tambah garam atau kunyit kerana tepung ini telah cukup perasa.
  2. Hasil yang kita akan dapat nanti adalah luar ikan yang rangup dan sedikit rasa pedas apabila dimakan.
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng ikan. Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan ikan untuk digoreng.
  4. Gunakan teknik deep frying iaitu ikan perlu tenggelam di dalam minyak semasa menggoreng.
  5. Setelah siap digoreng, angkat dan ketepikan ikan. Sementara itu, siapkan sos ikan pula.

Bahan-bahan Sos Ikan

  • 2 biji bawang besar – dipotong dadu (*)
  • 6 ulas bawang putih – diketuk (*)
  • 2 inci halia – dihiris nipis (*)
  • 10-15 tangkai cili api merah – dihiris atau diketuk (*)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos ikan
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 tin kiub nanas – diambil dengan airnya sekali
  • 1 batang saderi – dipotong ½ inci
  • daun ketumbar – dipotong ½ inci
  • 1 batang serai – diketuk

Cara Memasak Sos Tiga Rasa

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan tumisan (*) iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan cili api merah.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan pula potongan tomato dan kiub nanas dengan airnya sekali. Air nanas diperlukan untuk memberikan rasa manis kuah sos.
  5. Seterusnya masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan sedikit garam.
  6. Sos tiga rasa siap dimasak.

Seterusnya, siramkan sos ini ke atas ikan yang sudah digoreng sebentar tadi. Akhir sekali, taburkan lebihan daun ketumbar di atas ikan sebagai hiasan. Jadi lengkaplah resepi ikan tiga rasa mudah. Selamat mencuba!

Untuk resepi ikan yang lain, anda boleh cuba resepi ikan siakap masak stim ala thai atau ala chinese style.

Sumber: FB Sofia Sarlinie

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: