Langgan newsletter kami!
Cara Masak Tomyam Putih Ala Thai Yang Sedap

Cara Memasak Tomyam Putih Ala Thai Yang Sedap

Tomyam merupakan satu menu masakan Thai yang sangat popular di Malaysia. Tomyam kebiasaannya berwarna merah dan mempunyai rasa masam dan sedikit pedas. Namun begitu, bagi penggemar yang tidak suka dan tidak boleh makan masakan pedas, anda boleh cuba cara masak tomyam putih seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Tomyam putih adalah alternatif untuk tomyam tidak pedas. Rasanya masih lagi sama seperti tomyam biasa namun apa yang berbeza adalah kuahnya berwarna putih dan rasanya tidak pedas atau tidak sepedas tomyam biasa. Ia mempunyai rasa seakan-akan sup namun sangat sedap bila dimakan bersama nasi putih.

Jika anda menggemari lauk seafood, anda boleh tambah atau gantikan lauk ayam dengan makanan laut seperti udang dan sotong. Ini kerana tomyam akan lebih sedap jika dimakan dengan udang dan sotong. Tetapi ada juga orang yang alahan terhadap seafood dan tentunya lauk ayam sebagai alternatif yang versatile.

Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan:

  • Ayam – dipotong kecil
  • Kobis bunga (cauliflower) – dipotong kecil
  • Lobak merah
  • Cendawan tiram
  • Bawang holand – dipotong
  • Bawang putih – diketuk
  • Serai – diketuk / dititik
  • Lengkuas – diketuk
  • Lada kecil – diketuk
  • Daun limau purut – dikoyakkan sedikit
  • 1 biji tomato – dipotong empat
  • Bawang besar merah (separuh) – ditumbuk dengan sedikit lada kecil. Gunakan sedikit sahaja agar tidak pedas. Ini bagi menimbulkan sedikit aroma pedas lada.
  • Perahan jus limau nipis (beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis mengikut selera masing-masing)
  • Sos nampla/sotong
  • Susu (optional)
  • Air
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit penambah rasa seperti ajinomoto

Cara Masak Tomyam Putih

  1. Masukkan 8 cawan air, potongan ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan lada kecil ke dalam periuk.
  2. Rebus semuanya hingga mendidih (lebih kurang 5 hingga 7 minit).
  3. Setelah ayam hampir masak, masukkan daun limau purut.
  4. Kemudian masukkan sos nampla/sotong.
  5. Masukkan sayur-sayuran seperti tomato, kobis bunga, lobak merah dan cendawan.
  6. Masak sebentar lagi sehingga sayuran menjadi lembut.
  7. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan sedikit ajinomoto.
  8. Masukkan juga susu untuk lebih rasa krim.
  9. Tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis.
  10. Siap! Tomyam putih ala Thai sedia untuk dihidang.

Jika anda inginkan cara yang lebih cepat gunakanlah pes yang mudah didapati di pasaran sekarang seperti pes tomyam putih adabi atau apa-apa jenama lain. Tetapi tentu sekali cara yang paling menyihatkan adalah masakan tanpa perencah dan penambah perasa yang kebanyakannya mengandungi MSG. Jika berlebihan dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: