Langgan newsletter kami!
Misi Rumah Impian Poster

Misi Rumah Impian (TV3) – Drama Pendek oleh EcoWorld

Misi Rumah Impian adalah sebuah drama pendek yang berkisar tentang bagaimana untuk memiliki rumah impian yang lengkap dengan sentuhan tersendiri. Ia mengisahkan pasangan suami isteri muda, yang dilakonkan oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari sedang mencari rumah impian dengan pemaju perumahan EcoWorld. Pelbagai tips tentang pemilikan rumah akan dikongsi mereka dalam program ini.

Drama hasil kerjasama pemaju perumahan EcoWorld ini akan ditayangkan di TV3, pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.50 malam. Ia akan memulakan siaran sebanyak 4 episod selama 10 minit setiap episod bermula 27 November ini. Penggambaran drama ini diadakan di tiga lokasi milik pemaju perumahan EcoWorld iaitu di Eco Grandeur, Puncak Alam dan Eco Majestic, Semenyih, Selangor serta Eco Tropics, Pasir Gudang, Johor.

Drama pendek arahan Izuan Mokhtar ini juga mengetengahkan pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya atau dikenali sebagai Schawal buat pertama kali berlakon bersama sepanjang tujuh tahun berkahwin.

Menurut Awal, dia dan Scha ada alasan tersendiri kenapa tidak pernah berlakon bersama sebelum ini.

“Sebelum kahwin, kami pernah berlakon bersama. Tapi, selepas kahwin dan ada anak seorang, ini kerjasama pertama kami. Kiranya, sepanjang perkenalan kami ini baru dua kali bersama di kaca televisyen membabitkan lakonan.”

“Bukan tak nak berlakon bersama sebelum ini, tapi kami tidak mahu ia menjadi fiksyen. Apabila berlakon, memerlukan masa yang panjang di lokasi. Jadi, kalau pulang rumah akan hilang rasa bosan nak melayan pasangan. Bagi saya ia sesuatu yang tidak sihat.”

“Mungkin orang lain berbeza dan ada cara nak kawal perkara itu. Tapi, bagi kami sebaiknya fokus pada kerjaya masing-masing. Ditambah pula, kami memiliki karektor yang berbeza,” katanya.

Berkongsi mengenai Misi Rumah Impian sebanyak empat episod itu, pasangan yang mempunyai anak bernama Lara Alana berkata, ia dekat dengan diri mereka dan keadaan semasa sekarang.

“Lagipun, dalam program ini, kami dipaparkan sebagai pasangan suami isteri muda yang sedang mencari rumah impian. Kami akan berkongsi pelbagai tip dalam pemilihan rumah.”

“Walaupun hanya empat episod, banyak tip yang kami akan kongsikan dan secara tidak langsung, kami turut mendapat ilmu. Contohnya, apa patut dilakukan pasangan yang berkongsi pinjaman perumahan selepas memiliki kediaman yang diimpikan.”

“Apabila berkongsi pinjaman perumahan, pasti idea untuk hiasan dalaman juga dilakukan bersama-sama supaya adil,” katanya.

Sumber: BHOnline

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: