Pelakon yang popular di zaman 90-an terutama dalam slot “Spektra” iaitu Linda Helmi (bertudung putih dalam gambar di bawah) telah kembali ke rahmatullah pada petang 21/06/2016 bersamaan 16 Ramadhan, 1437 disebabkan kerana kegagalan fungsi hati.
Beliau terkenal dengan watak ibu tiri yang garang dan watak antagonis, pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu TV Terbaik di Anugerah Skrin 1996 melalui drama “Ribuan Mimpi-mimpi”. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan niatkan pahala bacaan ini buat Allahyarham.
“Ya Allah, Ampunilah saudara kami Linda Helmi (Norlida bt Ahmad) naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya”
(Riwayat Imam Muslim)